• Home
  • Panels
    • Panel Application
    • List of Panels
    • Panel Feedback
      • Menu 1
      • Menu 2
  • Social
    • Facebook
    • Instagram
    • BusinessSite
  • Healty Tips
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • The Doctor
  • Services
  • Contact Us
Poliklinik Mazlina
Apakah itu anemia?

Anemia ataupun kurang hemoglobin (Hb) semasa kehamilan adalah perkara biasa dialami. Hemoglobin adalah komponen penting dalam sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen dalam badan. Fisiologi ibu hamil akan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung perkembangan bayi. Jika tubuh mengalami kekurangan zat besi atau nutrien lain, anda akan cenderung untuk mengalami anemia.

Bacaan Hb yang normal untuk wanita mengandung adalah 11 g/dL ke atas. Bacaan yang kurang daripada itu dikira anemia. Adalah lazim untuk seseorang ibu hamil mengalami mild anemia (kurang dari 11 g/dL tapi lebih dari 10 g/dL). Namun bacaan Hb 10 g/dL ke bawah perlu pemerhatian yang lebih rapi. Ini kerana, jika anemia tersebut adalah severe (sangat rendah) dan tidak dirawat dengan sepatutnya boleh menyebabkan komplikasi yang teruk (eg: kelahiran pra matang).


Jenis - jenis anemia semasa mengandung

1. Iron - deficiency anemia (IDA) (kekurangan zat besi)
Ini adalah sebab yang paling biasa dijumpai.
2. Thallasemia
3. Folate deficiency
4. Vitamin B12 deficiency
5. Sickel cell disease
6. Pendarahan kronik (eg: ulser perut/ usus)



Tanda - tanda anemia (simptom)

- Pucat (kulit, bibir, kuku)
- Rasa cepat letih dan tidak bermaya
- Pening
- Kesukaran bernafas
- Berdebar -debar (tanpa sebab)
- Hilang fokus


Risiko/ komplikasi anemia semasa mengandung (severe)

- Kelahiran pra matang/ low birth weight baby
- Posrpartum depression
- Risiko untuk blood transfusion ketika bersalin
- Bayi yang mengalami anemia
- Anak berisiko untuk mengalami developmental delay
- Neural tube defects/ spina bifida (folate/ vitamin B12 deficiency)


Rawatan anemia

Bergantung kepada punca anemia tersebut. Untuk IDA, hanya memerlukan pengambilan iron supplement yang mencukupi. Namun, berhati - hati dengan pengambilan iron bagi pesakit Thallasemia kerana ia boleh menyebabkan iron overload.

Obimin mengandungi Iron (ferrous fumarate) 30mg, folic acid 0.9mg, vitamin B12 20mcg serta minerals yang lain.

Iberet Folic pula mengandungi kandungan iron yang lebih tinggi iaitu 105mg (elemental iron), vitamin B12 25mcg, folic acid 800 mcg dan sebagainya. Sebab itu doktor anda akan nasihati anda untuk mengambil Iberet folic berbanding Obimin jika Hb anda low (<11 g/dL).

Jika Hb anda terlalu rendah (<7.5 g/dL) anda mungkin perlu diberi injection iron (IM Inferon) atau jika perlu perlu menjalani blood transfusion.


Pencegahan anemia

Pastikan anda mengambil diet yang seimbang dan pastikan diet anda tinggi kandungan zat besi. Eg: daging merah, ikan, sayuran hijau (bayam, brokoli, kale), cereals dan bijirin yang tinggi kandungan iron, kekacang, dhal, tofu, telur dan sebagainya.

Juga digalakkan mengambil makanan yang mengandungi vitamin C yang tinggi (untuk mengoptimakan penyerapan zat besi). Eg: Jus/ buah - buahan citrus, strawberri, kiwi, tomato, bell peppers etc.

Anda boleh mengamalkan pengambilan makanan tinggi vitamin C bersama makanan tinggi kandungan zat besi. Eg; makan strawberri bersama cereals.

Pengambilan iron tablet juga perlu pada waktu perut kosong atau diambil bersama jus buah - buahan citrus (oren/ ribena) untuk mengoptimakan penyerapan zat besi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ps: Di Poliklinik Mazlina, kami menyediakan kemudahan mesin darah yang canggih dan terkini untuk mengesan jika anda mempunyai anemia yang mild atau severe. Boleh baca di link INI untuk keterangan lanjut.



Poliklinik Mazlina
Taman Pulai Utama
Hotline 07 595 3175







Wrote by poliklinikmazlina
Kandungan biasanya dapat dikesan setelah period (haid) dirasakan sedikit lewat dari tarikh yang sepatutnya. Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan Urine Pregnancy Test (UPT) yang boleh didapati dari farmasi/ klinik swasta. Ujian ini biasanya positif pada 4-5 minggu kandungan namun sedikit berbeza bergantung pada alat UPT tersebut.

Setelah mendapati ujian UPT anda positif, boleh lah mula mengambil supplemen seperti folic acid/ obimin. Folic acid biasanya dinasihatkan diambil awal sejak anda merancang untuk mengandung lagi, kerana ianya sangat penting untuk pembentukan janin dan mengelakkan perkara serius seperti Spina Bifida.

Langkah seterusnya ialah untuk pengesahan kandungan. Biasanya ultrasound awal akan dilakukan untuk mengesan usia kehamilan serta kedudukan janin di tempat yang sepatutnya (bukannya di luar rahim/ ectopic pregnancy). Anda boleh berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan/ klinik swasta untuk menjalankan ultrasound. Kantung baby (gestational sac) boleh dikesan seawal 5 minggu kandungan. Manakala janin/ degupan jantung lazimnya dapat dikesan seawal 7 - 8 minggu. Saiz kantung/ janin akan diukur untuk dapatkan usia kandungan dan menentukan tarikh bersalin (expected date of delivery/ EDD). Ultrasound yang dilakukan lebih awal (8 - 12 minggu) adalah lebih tepat untuk menentukan EDD berbanding ultrasound yang lebih lewat. Tarikh hari pertama haid kali terakhir juga sangat penting (hanya untuk wanita - wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal) untuk mengira EDD atau usia janin. 

Kemudian, anda dinasihatkan untuk mendaftar pemeriksaan antenatal, seeloknya seawal 12 minggu kandungan. Lagi awal lagi afdhal. Penjagaan yang betul boleh dimulakan lebih awal untuk memastikan perkembangan janin yang optimum. Pemeriksaan antenatal boleh dilakukan di klinik kesihatan/ klinik swasta yang menawarkan perkhidmatan tersebut. 

Ketika lawatan pertama untuk pemeriksaan antenatal, ibu-ibu perlu didaftarkan di dalam sistem dan butiran asas perlu direkod. Selain itu, sangat penting untuk mengetahui tentang sejarah perubatan, sejarah kehamilan sebelum ini (kalau bukan kandungan pertama), sejarah bersalin dan tempat bersalin, keadaan bayi sebelumnya dan sebagainya. Anda akan diberi buku pink (khas untuk rekod ibu mengandung) di mana buku pink tersebut perlu disimpan dan dijaga dengan baik. 

Antenatal screening (ujian darah asas) akan dilakukan untuk pemeriksaan paras Hemoglobin (Hb), kumpulan darah dan Rhesus (blood grouping), infective screening seperti VDRL (syphillis), Hepatitis B dan HIV. Kemudian pemeriksaan fizikal juga perlu dilakukan (ketinggian, berat badan, tekanan darah). Ujian air kencing juga dilakukan pada setiap kali lawatan untuk mengesan kehadiran glukosa (glucose) dan albumin (protein). Gula digunakan untuk mengesan diabetes ketika kehamilan manakala kehadiran protein boleh disebabkan beberapa perkara (tanda masalah buah pinggang ataupun menandakan pre-eklampsia (darah tinggi ketika hamil).

Jika ibu hamil tersebut mempunyai faktor risiko untuk kecing manis, maka ibu tersebut perlu menjalani ujian MGTT (air gula). 

Rutin ultrasound biasanya dilakukan dua kali; sekali pada trimester pertama/ kedua untuk mengesahkan tempoh kehamilan, mengenalpasti sebarang kecacatan dan jumlah fetus. Kali kedua adalah semasa trimester ketiga untuk memastikan perkembangan bayi yang optimum, jumlah air ketuban yang mencukupi, kedudukan uri (placenta) yang betul. Ini juga penting untuk menentukan kaedah bersalin nanti.

Ibu mengandung juga perlu menjalani suntikan anti tetanus (ATT) biasanya pada 18 - 24 minggu (ketika pergerakan awal bayi dapat dikesan). Untuk kehamilan pertama, perlu dapatkan booster (penggalak) selepas 4-6 minggu selepas dos pertama. Untuk kandungan kedua dan seterusnya cuma memerlukan satu kali imunisasi sahaja. Jika kehamilan pertama 5 tahun yang lalu, anda akan menerima 2 kali suntikan.

Selain daripada folic acid, anda juga perlu mengambil supplemen tambahan iaitu ferous fumarate (iron), vitamin c, dan vitamin kompleks. Ini penting untuk perkembangan bayi yang optimum dan memastikan ibu tersebut tidak mengalami anemia (Hb rendah).

Jumlah lawatan (antenatal check up) sepanjang kehamilan adalah sekitar 8 kali. Sebulan sekali dari mula lawatan pertama, sehingga 32 minggu. Apabila memasuki tempoh 32 minggu, anda perlu datang 2 minggu sekali. Selepas 36 minggu, seminggu sekali check up perlu dilakukan sampai la anda bersalin.

Namun begitu, jika sepanjang kehamilan anda menghadapi masalah berkaitan ibu/ bayi, biasanya tempoh check up akan lebih kerap untuk pemantauan optimum. Anda mungkin perlukan rujukan pakar jika mempunyai masalah.

Apabila memasuki usia kandungan 34 minggu, biasanya anda sudah perlu buat keputusan di mana anda mahu melahirkan. Samaada di hospital kerajaan/ swasta. Apa yang penting, buku rekod mengandung anda perlu sentiasa lengkap dan mematuhi setiap tarikh check up.

Kami mendoakan yang terbaik untuk anda dan semoga perjalanan sepanjang kehamilan anda dipermudahkan Allah. Enjoy your pregnancy!! :))
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Jika anda berminat untuk melakukan antenatal check up di Poliklinik Mazlina, kami amat mengalu - alukan kedatangan anda. Boleh baca entri INI untuk keterangan lebih lanjut.  

Rujukan: www.mmgazzete.com (kredit: Dr Ayu Akida)

Poliklinik Mazlina
Taman Pulai Utama
Skudai
07 595 3175






Wrote by poliklinikmazlina
tips anak demam



Apakah itu demam?

Demam merupakan salah satu sebab utama kemasukan kanak-kanak ke wad. Malah, dianggarkan antara 20-40% kanak-kanak mengalami masalah demam setiap tahun.

Biasanya, demam dikaitkan dengan masalah jangkitan kuman yang boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, kebarangkalian demam yang disebabkan oleh jangkitan kuman yang serius adalah kecil dan pada kebanyakan masa, demam seringkali disebabkan oleh jangkitan virus. Sistem pertahanan atau antibodi badan kanak-kanak itu sendiri akan cuba melawan jangkitan virus tersebut dan ia biasanya akan baik dengan sendirinya  (‘self limiting’). Secara amnya, suhu badan yang melebihi  37.5 °C adalah demam.

Walaubagaimanapun, sebagai ibubapa, kita pastinya risau apabila melihat anak demam apatah lagi jika suhu badan yang direkodkan sangat tinggi dan anak yang sebelum ini riang-ria  dan gembira menjadi letih dan kurang bermaya. Lebih merisaukan sekiranya anak tersebut pernah mendapat penyakit yang serius sebelum ini.


Bilakah patut berjumpa doktor dan tanda - tanda amaran yg perlu dikenalpasti?

Tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan anak  menghadapi penyakit yang serius:

1) Kulit yang pucat, berpetak-petak (‘mottled skin’)

2) Anak menjadi kurang aktif serta menunjukkan gerakbalas yang perlahan apabila dipanggil,  menangis dalam keadaan yang lemah ataupun dengan nada tangisan yang tinggi seperti tidak selesa.

3) Kesukaran untuk bernafas, samada nafas yang laju ataupun nafas berbunyi.

4) Tidak makan atau minum seperti biasa.

5) Tanda kekeringan yang serius seperti kurang kencing serta bibir dan lidah yang sangat kering.

6) Demam yang melebihi 5 hari.

7) Suhu badan yang terlalu tinggi ; melebihi 38C untuk bayi kurang dari 3 bulan dan suhu melebihi 39C untuk anak-anak yang berumur antara 3-6 bulan

8) Bengkak sendi dan angggota badan

9) Bengkak ubun-ubun untuk bayi kurang dari umur 1 tahun.

10) Sawan

Jika anak menunjukkan tanda-tanda di atas, segeralah ke hospital yang terdekat untuk pemeriksaan.


 Rawatan untuk demam dan apa yang boleh dilakukan oleh ibubapa atau penjaga

Bagi anak-anak yang demam tetapi masih lagi aktif bermain, makan dan minum seperti biasa dan tiada tanda-tanda seperti di atas, penjaga bolehlah memantau anak-anak ini di rumah dengan mengikuti beberapa nasihat seperti :

a)   memastikan anak-anak mendapat hidrasi yang mencukupi semasa demam kerana semasa demam badan akan kehilangan banyak air dan tenaga. Jadi sila pastikan anak-anak ini diberi minuman yang mencukupi dan digalakkan untuk memberi susu lebih banyak daripada biasa.

b)   penjaga mesti mengetahui tanda-tanda dehidrasi (kekurangan air dalam badan); mata mencengkung, bibir/mulut yang kering, ubun-ubun yang cengkung, menangis tanpa air mata serta anak letih dan kelihatan lembik..

c)    Ibubapa mestilah memeriksa keadaan anak dengan kerap dan mereka tidak digalakkan menghadiri kelas di tadika/sekolah seperti biasa.

d)   sekiranya naik ruam , segeralah berjumpa doktor.

Tidak dinafikan ada beberapa kaedah yang biasa dilakukan oleh ibubapa terdahulu untuk mengurangkan atau meredakan demam. Kajian  menunjukkan kaedah seperti mengelap badan anak-anak yang demam dengan tuala basah, membuka baju dan seluar anak, membungkus anak-anak dan mendedahkan badan anak dengan udara yang sejuk samada dari alat hawa dingin atau kipas adalah tidak berkesan dan mungkin membahayakan lagi anak-anak yang demam itu.

Contohnya, dengan menggunakan alat hawa dingin atau ais untuk menurunkan suhu badan, ini sebenarnya akan menyebabkan anak-anak menggigil dan secara langsung  menaikkan suhu badan (‘core temperature’) dan menyebabkan demamnya  menjadi lebih tinggi dan lebih sukar dirawat.

Penggunaan ubat pelega-demam (‘antipyretic’) adalah dikhususkan untuk anak-anak yang mengalami demam yang tinggi dan dalam keadaan tidak selesa  (‘distressed’). Buat masa sekarang, ubat-ubat yang biasa digunakan sebagai agen untuk mengurangkan ataupun menurunkan suhu badan adalah paracetamol dan ibuprofen. Pengunaan ubat-ubat ini memerlukan nasihat daripada doktor kerana ubat-ubat ini jika digunakan terlalu kerap atau dalam dos yang salah boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak.

Editor’s note: Sekiranya bayi anda masih sangat kecil ( 0 – 6 bulan ) mempunyai demam, harus mendapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor segera.

https://siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/10/petua-anak-demam-panas-di-rumah1.jpg

Kredit: Dr Azhar Mahmud (doktorbudak.com)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Poliklinik Mazlina
Taman Pulai Utama
Skudai
07 5953175

Wrote by poliklinikmazlina
Newer Posts Older Posts Home

About Me

poliklinikmazlina
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2017 (22)
    • ►  November (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ▼  April (3)
      • Anemia semasa mengandung
      • Mengandung? Apa langkah seterusnya yang patut saya...
      • Anak saya demam panas, apa perlu saya lakukan?
    • ►  March (7)
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (2)
    • ►  December (2)

Instagram Gallery

Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Cara Betul Kira Usia Kandungan
    Doktor perasan ada yg kurang faham cara betul kira usia kandungan. Sampaikan ada yg pelik, kenapa baru kawin 4 minggu, tapi bila scan usia...
  • Fakta menarik berkenaan bayi di dalam rahim ibu
    Ingat lagi tak kali pertama tau mummy semua hamil, lagi-lagi pulak first baby, mesti seronok dia tak dapat digambarkan. Kan? Hehe. Tapi m...
  • Nak Cek Jantina Bayi? Bila dan Bagaimana Nak Tahu
    BABY BOY KE BABY GIRL? BAGAIMANA, DAN BILA WAKTU SESUAI NAK SCAN? . Bila dah pregnant, mesti mummy semua nak tau apa gender baby dlm peru...
  • Mengandung? Apa langkah seterusnya yang patut saya buat?
    Kandungan biasanya dapat dikesan setelah period (haid) dirasakan sedikit lewat dari tarikh yang sepatutnya. Cara yang paling mudah adalah ...
  • Panel Aktif (Julai 2019)
    Untuk rujukanbagi senarai panel yang aktif bersama Poliklinik Mazlina sehingga Julai 2019, sila rujuk pada senarai berikut. Terima kasih ...
  • Alaaaa, rendahnya Hb saya :(
    [ALAA, Hb SAYA LOW] Ala, hemoglobin saya rendahh. Selalu sangat kita dengar ibu mengandung ada Hb low. Apa tu? Hemoglobin merupa...
  • Anemia semasa mengandung
    Apakah itu anemia? Anemia ataupun kurang hemoglobin (Hb) semasa kehamilan adalah perkara biasa dialami. Hemoglobin adalah komponen pentin...
  • APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA BAYI TIDAK SIHAT
    APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA BAYI TIDAK SIHAT Perhatikan keadaan bayi terlebih dahulu. Jika bayi demam, bagi ubat demam (mengikut do...
  • Promosi Scan 4D Sempena Kemerdekaan ke-60 & Hari Raya Aidil Adha
    Jangan lepaskan peluang untuk sesi promosi Scan 4D sempena bulan kemerdekaan yang ke 60 dan Hari Raya Aidil Adha yang akan disambut hujung...
  • 10 SOALAN POPULAR MENGENAI SCAN BAYI
    “Sis preggy berapa bulan sis? Nampak perut bujur ke depan ni, baby boy ye?” Tanya Minah pada Suzie yg sedang hamil 7 bulan. “Ntahla sis....

ABOUT AUTHOR

Advertisement

Categories

  • Anemia
  • Anemia in pregnancy
  • Antenatal check up
  • Baby
  • bayi
  • cervical cancer
  • crystal tomato
  • crystal tomato johor bahru
  • crystal tomato malaysia
  • crystal tomato murah
  • crystal tomato plus
  • Demam Panas
  • detailed scan
  • diphteria
  • ebook
  • fasting
  • fibroid
  • galeri
  • GBS
  • Group B Streptococcus
  • hamil
  • Hb low
  • Herpes Zoster
  • imunisasi
  • Info Korporat
  • Jantina
  • Jenama
  • kanak-kanak
  • Kanser
  • kanser serviks
  • Kayap ular
  • Kehamilan
  • kira usia kandungan
  • klinik panel
  • molar pregnancy (kehamilan anggur)
  • paediatric
  • panel
  • pap smear
  • perkembangan
  • Perkhidmatan
  • pertussis
  • poliklinik mazlina
  • Pregnancy
  • Promosi
  • Promosi 4D
  • puasa
  • Scan 2D/ 3D/ 4D
  • Scan 4D
  • Servis
  • Shingles
  • Tawaran kerja
  • tetanus
  • Tip Kesihatan
  • tips
  • Tumor
  • typhoid vaccine
  • update
  • usia kandungan
  • VAKSIN
  • vaksinasi
  • Varicella Zoster
  • video
  • video korporat
  • video promo

Copyright © 2016 Poliklinik Mazlina. Designed by OddThemes & Blogger Templates