• Home
  • Panels
    • Panel Application
    • List of Panels
    • Panel Feedback
      • Menu 1
      • Menu 2
  • Social
    • Facebook
    • Instagram
    • BusinessSite
  • Healty Tips
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • The Doctor
  • Services
  • Contact Us
Poliklinik Mazlina
Shingles


Apakah penyakit kayap?

Dalam istilah perubatan, ia dipanggil Herpes Zoster. Ianya adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus Varicella Zoster (virus sama yg menyebabkan chicken pox atau cacar air).

Risiko utama?
1. Usia meningkat, menyebabkan imun sistem berkurangan
2. Kelemahan sistem imun disebabkan penyakit (cth HIV) ataupun ubat - ubatan seperti steroid

Penyebab penyakit kayap?
- pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit chicken pox. Selepas dia sembuh dari chicken pox, virus ini akan berhibernasi dalam ganglion (pusat saraf). Apabila sistem imun lemah, ia akan aktif semula, dan akan menyerang urat saraf seterusnya menyebabkan keradangan urat saraf tersebut.

Image result for shingles

Gejala?
1. Peringkat awal
- rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yg terlibat, demam, sakit kepala
- bengkak kelenjar limfa

2. Peringkat aktif
- rashes (lepuhan kulit) yg menyakitkan pada bahagian urat saraf yg terlibat (dermatome)
- gelembong2 air kecil selepas 1-2 hari
- lepuhan kulit itu akan pecah, berair dan meleleh dan menjadi kudis dlm masa 5 hari
- kudis tersebut akan jatuh sendiri dalam seminggu dua

Komplikasi?
- jangkitan bakteria pada lepuhan kulit
- facial palsy (paralisis pada bahagian muka) atau menjejaskan penglihatan jika kayap melibatkan bahagian muka (herpes zoster ophthalmicus)
- post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yg terlibat utk jangka masa yg panjang)

Rawatan?
1. Antiviral (acyclovir) - utk memendekkan jangka masa penyakit tersebut
2. Ubat tahan sakit - meredekan kesakitan
3. Krim antibiotik - sekiranya berlaku jangkitan bakteria pada bahagian lepuhan tersebut

POLIKLINIK MAZLINA
TAMAN PULAI UTAMA
075953175


Dalam istilah perubatan, kayap dikenali sebagai herpes zoster. Punca penyakit kulit dan saraf ini terjadi adalah disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV) yang menyebabkan timbulnya ruam di permukaan kulit yang amat pedih dan muncul juga kelepuhan pada bahagian tertentu tubuh.
Ada 2 golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti oleh kuman VZV ini. Kedua-dua golongan ini mempunyai daya ketahanan sistem imun yang rendah.
  1. Golongan yang lebih berusia iaitu umur lebih daripada 50 tahun. Semakin berusia, tanpa pengambilan supplemen seperti vitalea, sistem imun akan semakin berkurangan.
  2. Sistem pertahanan badan yang lemah disebabkan faktor tertentu seperti jangkitan kuman HIV dan kesan sampingan ubat seperti steroid.
Pencetus penyakit kayap ini adalah apabila virus VZV ini diaktifkan. Sebenarnya, virus ini sudah berada dalam tubuh apabila seseorang itu mengalami penyakit cacar air atau chickenpox. Setelah cacar air ini sembuh, virus tersebut berhibernasi dalam pusat saraf dan akan mula menyerang apabila sistem imun berkeadaan lemah. Ia akan menyerang urat saraf sehingga menyebabkan radang saraf.


Read more http://www.celikvitamin.com/blog/punca-dan-cara-ubati-kayap-sebelum-kronik/
Wrote by poliklinikmazlina

Apakah Group B Streptococcus(GBS)?

Group B Streptococcus, atau GBS, juga dikenali sebagai strep kumpulan B, adalah salah satu daripada pelbagai jenis bakteria yang biasanya hidup di dalam badan manusia. Kira-kira 1/3 daripada kita "membawa" GBS di dalam usus tanpa kita sedari.

Kira-kira ¼ daripada wanita mempunyai GBS di dalam faraj mereka. Kebanyakan wanita tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti GBS kerana biasanya ia tidak mendatangkan masalah atau menunjukkan simptom-simptom tertentu.

Walau bagaimanapun, dalam kes-kes yang jarang berlaku, GBS boleh menyebabkan penyakit yang serius dan boleh menyebabkan kematian kepada bayi yang baru lahir. Walaupun kes-kes ini luar biasa, GBS merupakan punca jangkitan yang teruk kepada bayi yang baru dilahirkan, terutamanya pada minggu pertama selepas kelahiran (dikenali sebagai jangkitan permulaan awal).

Bagaimana untuk mengetahui yang saya membawa GBS?

Jika anda membawa GBS, anda tidak semestinya akan tahu kerana biasanya tiada kesan-kesan buruk. Terdapat sejenis ujian GBS, tetapi ia tidak dilakukan secara rutin semasa hamil.

Wanita hamil sering mendapati mereka menghidap GBS secara kebetulan, apabila mereka menjalani ujian calitan faraj (vaginal swab) untuk memeriksa sesuatu yang lain. Jangkitan GBS ini juga boleh datang dan pergi, walaupun anda didapati positif terhadap jangkitan GBS pada awal kehamilan, tetapi anda mungkin tidak mempunyai GBS apabila tiba masa untuk bersalin.

Jadi, adalah penting bagi wanita hamil dan penjaganya untuk mengetahui bilakah bayi mereka cenderung untuk dijangkiti GBS dan tanda-tanda jangkitan GBS terhadap bayi mereka.

Saya sedang hamil. Apakah yang perlu saya tahu tentang GBS?

Kebanyakan bayi terdedah kepada GBS sebelum atau semasa kelahiran tanpa sebarang kesan buruk. Namun, tidak jelas mengapa sesetengah bayi boleh terkena jangkitan sementara yang lain tidak. Apa yang pasti, kebanyakan jangkitan GBS terhadap bayi yang baru dilahirkan boleh dicegah.

Wanita yang berada di dalam situasi berisiko tinggi boleh diberikan antibiotik intravena sama ada ketika hendak bersalin ataupun apabila air ketuban mula pecah (yang mana berlaku dahulu) sehingga bayi dilahirkan.

Pembedahan caesearian  tidak digalakkan untuk mencegah jangkitan GBS kepada bayi kerana ia tidak menghapuskan risiko GBS terhadap bayi.

Sangat jarang GBS menyebabkan jangkitan kepada uterus atau saluran kencing pada ibu-ibu yang baru hamil.

Adakah bayi saya berisiko mendapat jangkitan GBS?

Beberapa faktor boleh membantu anda untuk mengesan samada bayi anda cenderung untuk mendapat jangkitan GBS.

Ini termasuklah, jika :

  • anda menunjukkan tanda untuk bersalin awal (sebelum 37 minggu)

  • air ketuban pecah 18 jam atau lebih sebelum bayi dilahirkan;

  • suhu badan anda naik (38 ͦC / 100 ͦF atau pun lebih) ketika proses kelahiran;

  • sebelum ini anda mempunyai bayi yang dijangkiti GBS;

  • anda didapati membawa GBS di faraj anda dan/atau dubur semasa anda hamil;

  • GBS dikesan pada air kencing ketika hamil (ia haruslah dirawat apabila didiagnos, namun walaupun anda telah dirawat, perhatian yang lebih masih perlu diberi semasa proses kelahiran

 

Bagaimana menguruskan proses kelahiran dan selepas bersalin?

Jika anda tidak tergolong di dalam kumpulan berisiko tinggi, bayi anda tidak mudah untuk dijangkiti GBS.

Jika anda berisiko tinggi, kajian menunjukkan dengan pengambilan antibiotik intravena bermula daripada tempoh hendak bersalin atau apabila air ketuban anda pecah sehinggalah bayi anda dilahirkan boleh mencegah jangkitan GBS kepada bayi yang baru dilahirkan.

Sebaik-baiknya, anda harus mengambil antibiotik intravena sekurang-kurangnya 2 jam sebelum bayi anda dilahirkan dan setiap 4 jam semasa tempoh hendak bersalin. Terdapat beberapa risiko terhadap diri anda dan bayi dengan pengambilan antibiotik ini, maka berbincanglah dengan doktor tentang kes anda itu bagi memastikan bahawa rawatan adalah pilihan terbaik untuk anda.

Jika anda mempunyai dua atau lebih faktor-faktor berisiko seperti di atas, maka doktor anda akan mencadangkan rawatan semasa bersalin untuk mengurangkan risiko kepada bayi yang sedang dijangkiti.

Jika anda bercadang melakukan caeserian, antibiotik intravena tidak diperlukan melainkan jika air ketuban anda telahpun pecah atau sekiranya proses bersalin sudah bermula.

Jika bayi anda berisiko tinggi mendapat jangkitan GBS, sebaik sahaja bayi dilahirkan:

  • dia haruslah diperiksa serta-merta oleh pakar pediatrik;

  • jika anda berdua benar-benar sihat, dan anda mendapat rawatan penuh dengan mengambil antibiotik intravena semasa proses kelahiran, bayi anda mungkin akan diberikan antibiotik intravena;

  • jika anda berdua sihat, tetapi anda tidak menerima rawatan penuh dengan mengambil antibiotik intravena semasa proses kelahiran, bayi anda akan diberikan antibiotik intravena sehingga dia benar-benar sihat;

  • jika anda atau bayi anda menunjukkan tanda-tanda jangkitan GBS, antibiotik intravena harus diberikan kepadanya dengan segera.


Doktor masih lagi melakukan kajian tentang cara terbaik untuk merawat bayi yang baru dilahirkan yang berisiko terhadap jangkitan GBS, oleh itu terdapat beberapa kes di mana bayi anda mungkin perlu atau mungkin tidak perlu diberikan antibiotik.

Apakah risiko-risiko rawatan?

Kebanyakan wanita dan bayi boleh diberikan penisilin sebagai rawatan antibiotik untuk GBS tanpa sebarang kesan buruk. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil orang alah kepada penisilin dan boleh menyebabkan reaksi alahan yang teruk (anafilaksis), yang boleh membawa maut.

Wanita yang alah kepada penisilin boleh juga diberikan antibiotik yang lain.

Lain-lain kesan sampingan yang kurang teruk daripada rawatan antibiotik termasuklah cirit-birit dan loya. Walau bagaimanapun terdapat kebimbangan yang antibiotik boleh memberi kesan kepada keseimbangan bakteria flora di dalam usus bayi.

Kesan-kesan buruk ini membuatkan sesetengah doktor lebih berhati-hati tentang penggunaan antibiotik jika tiada keperluan untuk menggunakannya, terutamanya terhadap bayi yang baru dilahirkan. Sesetengah doktor lebih gemar untuk "melihat dan menunggu" dalam tempoh 12 jam selepas bayi dilahirkan sebelum memberikan antibiotik yang mungkin tidak diperlukan.

Apakah tanda-tanda jangkitan GBS terhadap bayi anda?

Jangkitan GBS pada bayi selalunya berlaku pada peringkat awal (dalam masa tujuh hari selepas dilahirkan), dengan 90 peratus berlaku dalam masa 12 jam selepas kelahiran.

Dalam kebanyakan kes, gejala jangkitan GBS pada bayi boleh diketahui semasa atau sebaik sahaja kelahirannya.

Tanda-tanda biasa jangkitan awal GBS termasuklah:

  • mendengus

  • kurang menyusu

  • kelesuan

  • cepat meragam

  • tekanan darah rendah

  • suhu badan tinggi atau rendah, kadar degupan jantung dan /atau kadar pernafasan yang luar biasa.


Dalam kes yang lebih lebih luar biasa, jangkitan GBS juga boleh berlaku apabila bayi berusia tujuh hari atau lebih ("permulaan akhir" GBS), biasanya sebagai meningitis dengan septisemia.

Diagnos dan rawatan awal adalah penting bagi jangkitan permulaan akhir GBS atau meningitis. Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda seperti di atas, hubungilah pakar pediatrik dengan segera. Jika tiada pakar pediatrik, teruslah ke unit kecemasan dan kemalangan yang berdekatan.

Semakin meningkat umur bayi semakin kurang risiko untuk dijangkiti GBS. Jangkitan GBS terhadap bayi jarang berlaku selepas berumur sebulan dan hampir-hampir tidak diketahui selepas tiga bulan.

Kebanyakan bayi dapat terus hidup dengan rawatan, tetapi meningitis boleh menyebabkan masalah yang berpanjangan kepada bayi.

Saya membawa GBS. Apakah yang perlu saya lakukan?

Jika anda dijangkiti GBS dalam kehamilan sebelum ini, atau anda didapati menghidap GBS ketika hamil sekarang ini, berbincanglah dengan pakar obstetrik anda dan bersetujulah dengan pelan kehamilan dan pelan kelahiran yang akan melindungi bayi anda daripada terkena sebarang jangkitan.

Dalam kebanyakan kes sebegini, kehamilan anda boleh diuruskan supaya bayi anda dilindungi dan dilahirkan dengan sihat dan bebas daripada GBS.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEib1MH4yt_zfIl5WqtiIiNf-hSpvFbFKLbxMse3Zn2B8NRW8AWxmCeBlY6BEKMed1kqQNvV4G8SI4i21RRNhcNrOOOD29uznXqsDSVH9auULQ0s4sbvg-LUZO_Gp3QBT4j99yAR68sAFR3W/s1600/Jangkitan-GBS-pada+bayi.jpg

Sumber:

https://www.babycenter.com.my/a25007441/streptokokus-kumpulan-bhttp://obgyndrsuhaimi.blogspot.my/2012/06/infeksi-group-b-streptococcus-semasa.html

POLIKLINIK MAZLINA

TAMAN PULAI UTAMA 

075953175

Wrote by poliklinikmazlina
Newer Posts Older Posts Home

About Me

poliklinikmazlina
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2017 (22)
    • ►  November (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ▼  July (2)
      • Kayap Ular? Apa tu?
      • GBS ketika hamil
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (7)
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (2)
    • ►  December (2)

Instagram Gallery

Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Cara Betul Kira Usia Kandungan
    Doktor perasan ada yg kurang faham cara betul kira usia kandungan. Sampaikan ada yg pelik, kenapa baru kawin 4 minggu, tapi bila scan usia...
  • Mengandung? Apa langkah seterusnya yang patut saya buat?
    Kandungan biasanya dapat dikesan setelah period (haid) dirasakan sedikit lewat dari tarikh yang sepatutnya. Cara yang paling mudah adalah ...
  • Alaaaa, rendahnya Hb saya :(
    [ALAA, Hb SAYA LOW] Ala, hemoglobin saya rendahh. Selalu sangat kita dengar ibu mengandung ada Hb low. Apa tu? Hemoglobin merupa...
  • Fakta menarik berkenaan bayi di dalam rahim ibu
    Ingat lagi tak kali pertama tau mummy semua hamil, lagi-lagi pulak first baby, mesti seronok dia tak dapat digambarkan. Kan? Hehe. Tapi m...
  • Scan 4D atau 2D, mana lagi penting?
    Scan 2D: Scan 2D ialah scan yang digunakan sejak tahun 70-han. Lazimnya, pesakit akan mengadu bahawa dia tidak faham apa yang ditunjukk...
  • Antenatal Check Up - Buka Buku Pink di Poliklinik Mazlina
    Antenatal Check Up Alhamdulillah, setelah hampir sebulan beroperasi, Poliklinik Mazlina mengorak selangkah lagi dengan menyediakan per...
  • Kes: Tumor dan Fibroid
    Patient ni (lingkungan 40 tahun) datang klinik dgn complain sakit perut, on off. Dah hampir setengah tahun. Period normal katanya, regular...
  • Kayap Ular? Apa tu?
    Apakah penyakit kayap? Dalam istilah perubatan, ia dipanggil Herpes Zoster. Ianya adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang diseba...
  • Molar Pregnancy (kehamilan anggur)
    Klinik kami baru saja dibuka tapi telah pun dikunjungi oleh kes-kes yang dikatakan agak rare atau jarang berlaku. Baru 2 hari lepas ad...
  • Tambahan Servis - Pemeriksaan Darah
    Alhamdulillah Poliklinik Mazlina sudah pun dilengkapi dengan satu lagi mesin yang tidak kurang pentingnya iaitu FBC Machine (mesin darah ...

ABOUT AUTHOR

Advertisement

Categories

  • Anemia
  • Anemia in pregnancy
  • Antenatal check up
  • Baby
  • bayi
  • cervical cancer
  • crystal tomato
  • crystal tomato johor bahru
  • crystal tomato malaysia
  • crystal tomato murah
  • crystal tomato plus
  • Demam Panas
  • detailed scan
  • diphteria
  • ebook
  • fasting
  • fibroid
  • galeri
  • GBS
  • Group B Streptococcus
  • hamil
  • Hb low
  • Herpes Zoster
  • imunisasi
  • Info Korporat
  • Jantina
  • Jenama
  • kanak-kanak
  • Kanser
  • kanser serviks
  • Kayap ular
  • Kehamilan
  • kira usia kandungan
  • klinik panel
  • molar pregnancy (kehamilan anggur)
  • paediatric
  • panel
  • pap smear
  • perkembangan
  • Perkhidmatan
  • pertussis
  • poliklinik mazlina
  • Pregnancy
  • Promosi
  • Promosi 4D
  • puasa
  • Scan 2D/ 3D/ 4D
  • Scan 4D
  • Servis
  • Shingles
  • Tawaran kerja
  • tetanus
  • Tip Kesihatan
  • tips
  • Tumor
  • typhoid vaccine
  • update
  • usia kandungan
  • VAKSIN
  • vaksinasi
  • Varicella Zoster
  • video
  • video korporat
  • video promo

Copyright © 2016 Poliklinik Mazlina. Designed by OddThemes & Blogger Templates