Cara Betul Kira Usia Kandungan


Doktor perasan ada yg kurang faham cara betul kira usia kandungan. Sampaikan ada yg pelik, kenapa baru kawin 4 minggu, tapi bila scan usia kandungan dah 6 minggu. Ni yang orang panggil bunting pelamin tu.

Kena faham betul2 ni, lagi2 pasangan yg baru nikah. Takut suami salah faham pulak. Kejap lagi ada jugak yang menuduh si isteri mengandung sebelum nikah.

So, camane nak kira?

Kita kira dari tarikh HARI PERTAMA period pada bulan terakhir kita period. Yang ni la kita panggil LMP (Last Menstrual Period). Bila haid habis tu tak penting.

Contoh:

Suraya datang period 1/1/18 hingga 7/1/18.
Cycle dia biasanya setiap 28 hari.
Dia bernikah pada 10/1/18, dan hubungan suami isteri berlaku selepas tu.

Kita anggap proses ovulasi berlaku pada hari ke 14 (untuk yang cycle 28-30 hari).
kebiasaannya cycle period adalah sekitar 24-36 hari, dan proses ovulasi berlaku sekitar hari ke 7 hingga hari ke 21.

Ovum boleh hidup selama 24 jam je.
Sperma pulak boleh hidup dlm rahim wanita sekitar 3/4 hari.
So, persenyawaan pun berlaku.
Embrio pun terbentuk dan akhirnya melekat pada dinding rahim.
Kalau buat urine pregnancy test --> POSITIF!!

Suraya pulak, sepatutnya next period dia datang awal bulan 2. Tapi tunggu punya tunggu, tak datang2. 2 minggu lepas tu, dia cek UPT, konfirm mengandung.

**tapi kebanyakan scan boleh kesan kantung baby seawal 5 minggu. Tapi kadang tak nampak sebab ketebalan dinding perut ibu, boleh cuba scan lagi selepas 1-2 minggu.





Sebab tu kena ingat LMP. Lagi yang baru kawin, atau pasangan yg dalam perancangan dapat anak. Nak senang, rekod dalam kalendar setiap kali datang period. Kena ingat jgk, hari last period tak berapa penting tauuu.

Sebab tu nikah baru 4 minggu, tapi usia kandungan dah 6 minggu. Sebab kita kira dari hari pertama last period. (Bukan dari tarikh kawin :))

Faham ke faham?? 🙂

Tag kawan anda yang plan nak mengandung. Moga sama-sama dapat manfaat.

#poliklinikmazlina
#klinikswastaskudai

Share:

0 comments