Alaaaa, rendahnya Hb saya :(

[ALAA, Hb SAYA LOW]



Ala, hemoglobin saya rendahh.

Selalu sangat kita dengar ibu mengandung ada Hb low. Apa tu?


Hemoglobin merupakan elemen penting dalam darah merah kita. Ia adalah sejenis protein yang kaya dengan zat besi. Julat normal untuk lelaki adalah 13-17g/dL manakala bagi wanita 12-16g/dL. Ketika hamil, kita perlu pastikan Hb kita melebihi 11g/dL. Rendah daripada tu dikira anemia (low Hb).


TAPI JANGAN RISAU, kebanyakan kes hemoglobin rendah adalah BERSIFAT SEMENTARA dan kami ada beberapa tips untuk meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah secara natural.

1. Makan makanan berkhasiat dan tinggi zat besi contohnya sayur berdaun hijau, hati ayam, daging merah, brokoli, kerang, apricot, kismis, kurma, dan yogurt.

2. Meningkatkan pengambilan Vitamin C kerana Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi

3. Elakkan/ kurangkan pengambilan bahan yang mengganggu penyerapan sumber iron seperti kopi, teh dan cola

4. Rajin-rajinlah bersenam kerana senaman dapat meningkatkan keperluan oksigen dan menambah penghasilan darah merah.



Ha, nampak senang kan?

Tapi, kandungan dan peningkatan hemoglobin adalah bergantung kepada individu dan kes kes tertentu seperti kadar hemoglobin yang terlalu rendah atau sentiasa rendah perlulah dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Tapi, untuk ibu mengandung, tak boleh terlalu bergantung pada sumber zat besi dari makanan. Paling penting mummy jangan mengelat makan iron tablet yg nurse pesan tau. Banyak iron yang bagus yang cepat naikkan Hb. Contohnya Iberet Folic Acid.

Tips rahsia: Mummy boleh makan iron tablet (iberet/ obimin) bersama2 dengan Vitamin C untuk meningkatkan kadar penyerapan zat besi.


POLIKLINIK MAZLINA
No 47, Jalan Pulai 7,
Taman Pulai Utama.
075953175
075953175
.
Jemput like Fb page: Poliklinik Mazlina

#poliklinikmazlina
#anemia
#lowhemoglobin

Share:

0 comments