Antenatal Check Up - Buka Buku Pink di Poliklinik Mazlina

Antenatal Check Up

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan beroperasi, Poliklinik Mazlina mengorak selangkah lagi dengan menyediakan perkhidmatan full antenatal check up (pemeriksaan kehamilan daripada mula mengandung hingga waktu bersalin). Buku pink kami sudah siap dicetak dan bersedia untuk menerima tempahan ibu-ibu di awal kehamilan.


Apa istimewanya antenatal check up di Poliklinik Mazlina?:

1. Buku pink kami sama dengan buku pink yang digunakan di klinik-klinik kerajaan. Sedikit editting cuma untuk menjadikan buku kami lebih ekslusif dan padat untuk keperluan check-up ibu-ibu hamil. Kenapa perlu sama? Sebab, amat penting untuk isi kandungan buku pink tersebut diisi selengkap mungkin supaya pemeriksaan adalah bersesuaian dengan piawaian kementerian, lengkap, tidak tertinggal info penting jika dirujuk ke mana-mana hospital (jika perlu), Ia juga sangat lengkap untuk rujukan doktor-doktor lain khususnya doktor kerajaan (sebab kebanyakannya pesakit akan booking di klinik swasta dan akan melahirkan anak di klinik kerajaan).

2. Penting untuk mereka yang kesuntukan masa. Pemeriksaan di klinik kami adalah lengkap dan menyeluruh, tidak mengambil masa yang lama, dan anda tidak perlu lagi mengambil cuti/ cuti separuh hari. Buat masa ini, tak perlu menunggu sampai menguap sebab pesakit kami belum lagi seramai klinik kerajaan. Mungkin anda cuma perlu ambil time off beberapa jam (maksimum 2 jam sahaja), selesai sahaja urusan, boleh masuk kerja macam biasa. Boss pun tak bising, kawan sekerja pun takde gossip belakang. Mudah bukan?

3. Masa untuk pemeriksaan adalah fleksibel. Bermakna, anda boleh datang untuk check up bila-bila masa anda suka (pagi/ tengahari/ petang/ malam). Sudah tentunya berbeza dengan klinik kerajaan kan? Kadang-kadang boleh makan masa separuh hari hanya untuk temujanji. TAPI, tak bermakna anda boleh datang sesuka hati. Adalah sangat penting untuk mematuhi temujanji yang diberikan oleh doktor supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Kalau ada halangan, boleh call klinik untuk maklumkan pertukaran tarikh (atas budi bicara doktor). Ini kerana, setiap appoinment yang diberikan oleh klinik ada kepentingannya.

4. Lengkap!. Dengan kata lain check up kami sangat lengkap. menyeluruh seperti pemeriksaan di klinik kerajaan.
  • kami mempunyai mesin darah (FBC machine) untuk pemeriksaan tahap hemoglobin (Hb) anda.  Tahap Hb sangat penting untuk kita monitor sepanjang kehamilan disebabkan ibu hamil sangat cenderung untuk mengalami low Hb. Kalau perlu, kita akan monitor Hb anda setiap bulan. Kenapa kerap sangat? Tak kerap, sebab kalau low Hb dikesan awal (Hb <11 atau <10) doktor boleh terus buat tindakan yang sepatutnya. Samaada doublekan pengambilan hematinics (iron), atau kalau terlalu rendah (<8 contohnya) doktor tidak akan cuma berdiam tapi akan terus merujuk anda berjumpa pakar untuk tindakan yang sepatutnya. Kenapa terlalu agressif? Tak, itu bukan agressif. Kami bertindak sedemikian kerana kami cakna terhadap kandungan dan nyawa anda sendiri. Kami bukanlah jenis yang cincai dan lepas tangan. Severe anemia (low Hb yang teruk) boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan anda. Mesti anda tak nak kannn.
  • Ultrasound. Ye, kami mempunyai mesin ultrasound yang canggih dan terkini yang mempunyai kebolehan 2D dan juga 4D. Ultrasound scan sangat penting di awal kehamilan untuk mengesahkan kehamilan yang normal, mengikut tarikh yang tetap (EDD), dan bukan berada di luar rahim (ectopic). Scan seterusnya pada trimester kedua (14-28 minggu) untuk monitor perkembangan bayi, details scan (kecacatan, atau sebarang abnormality organ, tak termasuk pengesahan penyakit congenital seperti syndrom down). Juga untuk melihat kedudukan uri (placenta), sebab ianya penting untuk menentukan kaedah bersalin nanti. Scan pada trimester ke 3 untuk melihat kedudukan bayi (cephalic, songsang atau melintang). Pun sama untuk menentukan kaedah bersalin. Jantina bayi seawal 20 minggu dah boleh nampak. Excited bukan??
  • Urine albumin/ glucose. Pemeriksaan asas pada setiap kali appoinment untuk memastikan ibu-ibu sentiasa sihat dan stabil. 
  • Tekanan darah. Sudah semestinya perlu dipantau. Lagi-lagi bagi anda yang mempunyai sejarah keluarga/ sejarah darah tinggi pada kandungan terdahulu.
  • Lain: Berat badan, pemeriksaan fizikal etc
5. Doktor wanita. Doktor yang in charge di Poliklinik Mazlina adalah doktor yang berpengalaman beberapa tahun mengendalikan kes ibu mengandung di klinik kesihatan. Bermakna, sudah pastinya gaya dan cara pemeriksaan adalah sama seperti anda check up di klinik kerajaan. Lengkap dan sempurna insyaAllah. Malah untuk lebih rapport dan menjaga ikhtilat, hanya doktor perempuan yang akan memeriksa anda (kecuali kes-kes yang tak dapat dielakkan, doktor bercuti contohnya).

6. Disebabkan kami cakna dan ambil berat atas kesihatan ibu dan bayi yang dikandung, adalah sangat penting untuk kami maklumkan bahawa kami cuma menerima kes yang tidak ada komplikasi (atau kurang). Bermakna, kes yang bermasalah seperti ibu ada heart problem, asthma yang teruk, darah tinggi/ kecing manis yang tidak terkawal dan segala macam jenis penyakit kronik, klinik terpaksa menolak kes sebegini dan dinasihatkan untuk hanya check up di klinik kerajaan. Ini disebabkan fasiliti kami adalah terhad dan kes sebegini memerlukan rujukan pakar.

7. Reasonable charges. Cuma pada awal pembukaan buku anda perlu buat bayaran yang lebih sedikit. Itupun takdela sampai beratus-ratus. Kemudian, check up seterusnya hanya bermula dari RM25 ke atas. Belum termasuk ubat dan FBC check atau scan. Semua doktor buat atas keperluan.


Jadi, apa lagi. Jomla booking di Poliklinik Mazlina sekarang. Hubungi kami sekarang untuk sebarang pertanyaan.

Poliklinik Mazlina
Taman Pulai Utama
Skudai
Hotline 07 5953175

Share:

2 comments

  1. Hi sis klau buka buku pink bole bersalin hospital kerajaan X?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, boleh. tapi untuk followup perlu ke klinik kami..

      Delete