Molar Pregnancy (kehamilan anggur)


Klinik kami baru saja dibuka tapi telah pun dikunjungi oleh kes-kes yang dikatakan agak rare atau jarang berlaku. Baru 2 hari lepas ada sepasang suami isteri datang ke klinik kami untuk buat scan 2D biasa untuk pengesahan kandungan. Isteri masih muda berusia 26 tahun dan ini merupakan kandungan ke-dua (anak pertama sudah berusia 4 tahun). Urine test (UPT) dah dibuat di rumah katanya, dan memang positif. Booking (buka buku pink) pun sudah dibuat di klinik kesihatan berhampiran. Kalau dikira berdasarkan last period beliau (LMP) usia kandungan dah pun memasuki 13 minggu.

Macam biasa, untuk kandungan 13 minggu, bila kita scan 2D, kandungan yang normal sudah nampak janin dan juga beberapa bahagian badan janin termasuk degupan jantung. Namun, scan patient kali ini agak berbeza, sebab saya tak jumpa kantung baby (baby lagi la tak Nampak). Agak nervous waktu tu sebab perkara tersebut jarang- jarang jugak berlaku dan saya jugak sepanjang saya bertugas sebagai doktor, belum pernah saya encounter kes sebegini.

Refer gambar di bawah. Gambar fresh dari ladang. Nama pesakit tidak didedahkan.

cluster of grapes
Kalau scan pada usia 13 minggu kita nampak imej seperti ini, kemungkinan besar pesakit tersebut sedang mengalami kehamilan anggur. Agak susah dan berat sebenarnya untuk terangkan kepada pesakit dan pasangan, namun dah jadi tanggungjawab kita sebagai doktor, nak tak nak terpaksa jugak bagitau perkara sebenar. Alhamdulillah mereka terima dgn hati terbuka dan redha sekiranya itu memang kehamilan anggur. Apa yang saya buat adalah saya refer patient tersebut untuk berjumpa dengan pakar untuk second/ expert opinion.

Hari ni, saya telefon pesakit tersebut untuk bertanya khabar. Katanya sekarang beliau dah admit ward untuk rawatan selanjutnya. Dan memang sah yang kehamilan tersebut adalah kehamilan anggur. Takziah untuk beliau, jom sama2 kita doa yang terbaik untuk nya. Mesti ada hikmah kan. So teruskan senyum ;)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kehamilan Anggur (Molar Pregnancy)

Apakah kehamilan anggur?


Kehamilan anggur adalah kehamilan yang tidak menjadi di mana uri dan janin tidak membentuk dengan betul dan bayi tidak berkembang sebaliknya menjadi tisu tisu berupa anggur. Pada peringkat awal wanita yang mengalami kandungan anggur akan menunjukkan tanda tanda kehamilan yang menonjol seperti muntah teruk dan akhirnya akan mengalami pendarahan dan gejala-gejala lain yang menunjukkan sesuatu yang tidak kena . Kehamilan anggur boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mempunyai implikasi jangkamasa panjang yang serious jika tidak mendapat rawatan segera dan  pemantauan berkala.

Adakah ia kerap berlaku?

Kira-kira 1 dalam 1000 kehamilan di Malaysia adalah kehamilan anggur.  Wanita berumur di bawah umur 20 atau lebih 35 tahun jika mengandung lebih cenderung mendapat kandungan anggur.  Berbanding dengan wanita di barat, wanita keturunan Asia Tenggara juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kehamilan anggur.

Apa yang menyebabkan kehamilan anggur?


Satu kehamilan molar berlaku apabila terdapat masalah tertentu dengan maklumat genetik (kromosom) dalam telur tersenyawa. Dalam kehamilan biasa, telur disenyawakan mengandungi 23 kromosom daripada bapa dan 23 daripada ibu. Dalam kehamilan anggur, terdapat kelainan dimana dua sperma mensenyawakan satu telur (ovum) yang sama.


Ada dua jenis kehamilan anggur:


1. Kehamilan anggur lengkap (complete hydatidiform mole): Jika ovum itu kosong i.e tidak mempunyai salinan kromosom, 2 sperma yang membawa 2 salinan kromosom bapa bercantum dan akibatnya ialah kehamilan anggur yang lengkap. dalam kes ini , tidak ada embrio, kantung amnion, atau mana-mana tisu plasenta yang normal. Sebaliknya, plasenta membentuk massa sista yang kelihatan seperti satu kelompok anggur. Jenis ini lebih  merbahaya dan berisiko tinggi untuk merebak ke organ badan yang lain seperti barah.

2. Kehamilan molar paling separa (partial mole): telur disenyawakan mempunyai set biasa kromosom daripada ibu (23) dan dua set daripada bapa (46) , jadi terdapat 69 kromosom dan bukannya 46 biasa. (Ini boleh berlaku apabila kromosom daripada sperma yang disalin atau apabila dua sperma mensenyawakan telur yang sama. Jenis kelainan ini, ada beberapa tisu plasenta biasa dan sebahagian embrio di kalangan kelompok tisu yang tidak normal. Jenis ini kurang merbahaya.

Bagaimana saya tahu jika saya hamil kehamilan anggur ?

Pada peringkat awal kehamilan anggur akan nampak seperti kehamilan yang biasa. Berikut adalah tanda tanda dan gejala kehamilan anggur. Jika anda mengalami gejala atau mempunyai tanda tanda seperti ini anda harus berjumpa doktor dengan segera

1. Turun darah: Ia mungkin menjadi merah terang atau pelepasan coklat, berterusan atau terputus-putus, ringan atau berat. Pendarahan ini boleh bermula seawal enam minggu kehamilan anda atau selewat 12 minggu.
2. Keluar tisu tisu seperti gugusan anggur bersama darah melalui vagina
3. Loya & muntah yang teruk
4. Kekejangan perut: kerana rahim anda boleh berkembang lebih cepat daripada biasa
5. Preeclampsia: Tekanan darah tinggi yang serius semasa mengandung sebelum kandungan mencapai 20 minggu
6. Pucat : kurang darah
7. Syndrom hyperthyroid: berpeluh, menggigil, panas badan, berdebar jantung
8. Batuk darah semasa mengandung
9. Imbasan Ultrasound menunjukkan tiada janin dalam kandungan dan rahim lebih besar daripada umur kandungan
10. Tahap hormon hCG jauh lebih tinggi daripada biasa
 
Bagaimana Kehamilan Anggur Dirawat?

Sebaik sahaja diagnosa kehamilan anggur dibuat, doktor akan membuat order ujian ujian darah dan imbasan yang lanjut untuk menilai tahap keterukkan dan komplikasi kandungan anggur.

1. Prosedur ‘Suction Evacuation’: Ini adalah satu prosedur untuk mengeluarkan kandungan molar dari rahim. Prosedur ini memerlukan bius penuh untuk dijalankan. Sebilangan doktor akan mengulangi prosedur ‘suction evacuation’ selepas 2 minggu, kerana kadang kandang tisu tisu kandungan anggur itu tidak dapat dikeluarkan secara total tetapi berperingkat.
 
Komplikasi Kehamilan Anggur

1. Perdarahan yang serius
2. Rahim pecah akibat invasi tisu tisu anggur
3. Invasive Mole: Tissu anggur menusuk masuk ke dalam dinding rahim
4. Kegagalan sistem pembekuan darah sistemik. (Disseminated Intravascular Coagulation)
5. Jangkitan yang boleh membawa kepada kejutan
6. Gestational trophobastic disease: Kehamilan anggur bertukar menjadi satu penyakit yang lebih serius yang boleh merebak ke organ lain terutamanya ke hati dan paru paru melaui sebaran tisu anggur melalui salur darah
7. Choriocarcinoma: kehamilan anggur bertukar menjadi kanser dan boleh merebak ke hati, paru paru dan otak


Kredit:
drsharifahblogspot.wordpress.com

Dr Sharifah Halimah Jaafar M.D, M.Med O&G (UKM), A.M (MAL)
Consultant Obstetrician & Gynaecologist, Regency Specialist Hospital
Women’s Health Advocator

Poliklinik Mazlina
Taman Pulai Utama Skudai
Hubungi 07 5953175





Share:

0 comments