Jenama Rasmi Poliklinik Mazlina
Bagi yang mahir dengan khat kufi atau membacajawi, mungkin anda akan perasan kesilapan pada lakaran logo tersebut. Tapi biarkan anda yang tidak tahu untuk terus mencari. Kesilapan tersebut memang disengajakan kerana ada maksudnya tersendiri.
Huruf kufi yang tertera adalah merujuk kepada nama MAZLINA [mim, dzal, lam, yaa, nun, alif].
Warna ungu adalah warna korporat kami yang membawa kepada perasaan kedamaian, tenang dan memahami. Kerana itu juga matlamat perkhidmatan kami untuk berusaha memberi ketenangan serta mendalami situasi kesihatan para pelanggan yang hadir ke poliklinik kami.
Warna merah pada perkataan POLIKLINIK adalah merujuk kepada warna bulan sabit yang diguna pakai dalam perkhidmatan kesihatan.
Tags:
Info Korporat
Jenama
0 comments