Kemudahan Cuti Kuarantin
Jabatan Perkhidmatan Awam baru-baru ini telah mengeluarkan satu pekeliling bagi memberi kemudahan kepada penjawat awam yang menghadapi masalah untuk mengambil cuti berpunca daripada anak-anak penjawat awam ini yang perlu dijaga /dikuarantin buat sementara waktu.
Pada kebiasaan sebelum ini, ibu bapa perlu mengambil cuti tahunan untuk tujuan menjaga anak-anak ini. Melalui pekeliling ini, kemudahan ini secara tidak langsung membantu para ibu bapa untuk menjaga anak-anak yang terlibat tanpa perlu menolak cuti tahunan semasa.
Diberi kemudahan untuk menjaga anak yang menghidap penyakit berjangkit (diperakukan oleh mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau swasta yg menyatakan anak perlu dikuarantin).
Tempoh yang diluluskan maksimum lima (5) hari.
Syarat anak dikuarantin:
i. Bawah 18 tahun; dan
ii. Bawah 21 tahun jika masih belajar.
Senarai Penyakit Berjangkit:
1. HFMD;
2. Demam Denggi & Denggi Berdarah;
3. Campak (Measles);
4. Chickenpox;
5. Difteria; dan
6. Malaria.
Cara memohon, perlu lengkapkan:
1. Borang Permohonan Cuti Kuarantin (lampiran B dalam pekeliling).
2. Perakuan oleh pegawai perubatan Kerajaan @ swasta.
Tarikh kuat kuasa 1 Januari 2017.
0 comments