KEPENTINGAN IMUNISASI/ VAKSINASI UNTUK BAYI ANDA

[KENAPA BAYI PERLUKAN DIIMUNISASI]

Ramai mak ayah yg faham tentang kepentingan vaksin, tapi ramai yg masih belum faham/ tahu apa dan bagaimana sebenarnya vaksin ni bekerja.

Vaksin sebenarnya adalah satu bakteria yang telah mati atau dilemahkan fungsi virulennya (bahaya) dengan kaedah tertentu yang diperakui. Bila ia disuntik ke dalam badan (melalui otot), antibodi terhadap bakteria yg dah mati itu akan dihasilkan oleh badan, sekaligus melindungi individu tersebut dari serangan bakteria seumpama itu pada masa akan datang.
.


Mari kita teliti apa sebenarnya penyakit merbahaya yang dapat dihindarkan dengan adanya Jadual Imunisasi KKM ni.

1. BCG (TUBERKULOSIS/ BATUK KERING)
- BCG bertujuan untuk memberi antibodi terhadap kuman Tuberculosis meningitis dan Tibi Miliary. Tidak memberi perlindungan penuh untuk Tibi paru-paru. Kuman ni merebak melalui udara (menerusi batuk, bersin & bendalir lain)

2. HEPATITIS B
- Hepatitis B merupakan jangkitan virus yang menyerang hati dan boleh mengakibatkan penyakit kronik.

3. DTAP/ DIPHTERIA, TETANUS, PERTUSSIVE (SAKIT KERONGKONG, KANCING GIGI, BATUK KOKOL)

Diphteria - Vaksin terhadap kuman Corynebacterium diphtheriae yang menyebabkan jangkitan pada salur tekak, menyebabkan radang dan bengkak pada tekak, seterusnya menyebabkan salur pernafasan tersekat kerana tekak yang membengkak. Boleh membawa maut.

Tetanus - Vaksin terhadap kuman Clostridium tetani yang berjangkit pada luka pada kulit, boleh menyebabkan spasm pada otot. Sekiranya spasm berlaku pada otot pernafasan, pesakit boleh berhenti bernafas dan menyebabkan kematian.

Pertusis - Vaksin terhadap kuman bakteria Bordetella pertussis yang menyebabkan penyakit batuk kokol/whooping cough. Juga boleh menyebabkan komplikasi seperti jangkitan paru-paru, meningitis dan coughing fits yang boleh menyebabkan pendarahan dalam otak dan muntah-muntah.




4. IPV/POLIO
- Virus ini merebak melalui najis atau air atau makanan yang tidak dirawat. Seterusnya ia akan menyerang sistem saraf dan menyebabkan kelumpuhan.

5. HIB/ HAEMOPHILUS INFLUENZA TYPE B
- Kuman ini adalah sejenis bakteria yang menyebabkan bacteremia, pneumonia, epiglottitis dan meningitis.

6. MEASLES/ DEMAM CAMPAK
- Disebabkan oleh measles virus. Orang Melayu panggil campak. Tapi tidak sama dengan Chicken Pox. Chicken pox disebabkan oleh virus lain iaitu Varicella. Measles boleh menyebabkan komplikasi seperti Pneumonia dan meningitis. Ia sangat mudah berjangkit dan mudah menyebabkan wabak jika tidak dikawal dengan segera atau penduduk di suatu kawasan yang tidak divaksin untuk kuman tersebut.




7. MUMPS
- Disebabkan oleh mumps virus. Orang melayu panggil penyakit beguk, atau jangkitan pada kelenjar salivary. Komplikasi dari jangkitan virus mumps adalah Meningitis iaitu jangkitan pada selaput otak baby.

8. RUBELLA
- Disebabkan oleh virus Rubella, atau nama lain German Measles. Ia seperti penyakit Measles, tetapi kurang teruk dan kurang berlaku komplikasi pada masyarakat umum, namun sangat berbahaya kepada ibu mengandung. Virus rubella telah terbukti menyebabkan kecacatan dan keguguran pada bayi dalam kandungan. Seperti measles juga, ia sangat mudah berjangkit.


Kita boleh lihat betapa seriusnya penyakit-penyakit di atas ini dan akibatnya kepada orang yang tidak mengambil vaksin bagi menentang penyakit tersebut. Sebab tu lah TIDAK sepatutnya kita menolak vaksin.

Semoga bermanfaat

Nota:
Di Poliklinik Mazlina vaksin2 wajib masih ada stok.
Pneumococcal vaccine pun ada (synflorix).
Jom grab sebelum habis :)

LIKE & SHARE

Poliklinik Mazlina
Taman Pulai Utama
075953175/ 01163153175

Share:

0 comments