PUASA DAN KEHAMILAN

[PUASA DAN KEHAMILAN]

Dari segi kesihatan, walaupun tidak digalakkan, ibu hamil yang sihat dengan janin yang sihat selepas tiga bulan pertama (selepas first trimester) boleh berpuasa jika hendak berpuasa. Jika berasa lemah, atau loya, hendaklah berbuka puasa. Jika pergerakan janin berkurangan (selepas 28 minggu kehamilan), hendaklah berbuka puasa dan terus ke hospital untuk penilaian CTG dan ultrasound untuk menilai pembesaran janin.



Ibu hamil yang tidak sepatutnya berpuasa:
.
1) Tiga bulan pertama kehamilan (first trimester)
2) Ada risiko VTE yang sederhana atau tinggi
3) Ibu yang demam, tidak sihat atau muntah-muntah
4) Ibu yang mempunyai risiko tinggi pre-eclampsia, atau penyakit autoimmune, atau penyakit jantung.
5) Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis (type 1 diabetes, type 2 diabetes, atau GDM yang memerlukan rawatan metformin/ insulin)
6) Ibu yang janinnya dikenalpasti mempunyai masalah pembesaran
7) Ibu menyusu (ataupun tidak menyusu) di dalam masa berpantang. Kadangkala darah nifas hanya dua minggu, tetapi kepekatan darah adalah masih tinggi pada 6 minggu selepas bersalin.
8)Berpuasa pada musim panas dengan waktu siang yang lebih panjang di negara barat.


Selamat berpuasa!


LIKE/ SHARE/ TAG kawan / keluarga anda. 

Semoga bermanfaat 



POLIKLINIK MAZLINA
No 47, Jalan Pulai 7
Taman Pulai Utama
81300 Skudai

Share:

0 comments