• Home
  • Panels
    • Panel Application
    • List of Panels
    • Panel Feedback
      • Menu 1
      • Menu 2
  • Social
    • Facebook
    • Instagram
    • BusinessSite
  • Healty Tips
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • The Doctor
  • Services
  • Contact Us
Poliklinik Mazlina
APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA BAYI TIDAK SIHAT


Perhatikan keadaan bayi terlebih dahulu. Jika bayi demam, bagi ubat demam (mengikut dose yang disarankan doktor). Jika bayi batuk atau selsema, elakkan beri ubat batuk dan ubat selesema  (harus dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu).

photo credit: belovedphotography.com.au



Pantau keadaan bayi [apa tindakan anda?] :

1. Pastikan bayi aktif atau tidak (tak nampak keletihan keterlaluan) --> bawa segera ke hospital
2. Jika bayi terlalu meragam, lebih dari kebiasaan & sukar dipujuk, pucat , sawan (bimbang jangkitan kuman dalam otak) --> bawa segera ke hospital.
3. Pernafasan bayi, sama ada terlalu laju, sukar bernafas, atau nafas berbunyi (kemungkinan jangkitan paru-paru) --> bawa ke hospital segera.
4. Kembung, muntah dengan kerap, cirit keterlaluan lebih 10x sehari, tidak boleh makan / minum (boleh menyebabkan dehydrasi) --> bawa ke hospital segera.


Pencegahan:
- Elakkan membawa anak ke hospital (melawat orang lain yang sakit)
- Tidak digalakkan anak dihantar ke rumah pengasuh / taska jika anak disahkan dijangkiti penyakit berjangkit (cth HFMD), sebagai langkan pencegahan dan mengelakkan penularan (sentiasa amalkan mencuci tangan).


---


LIKE/ SHARE/ TAG kawan / keluarga anda. 
Semoga bermanfaat :)



POLIKLINIK MAZLINA
No 47, Jalan Pulai 7
Taman Pulai Utama
81300 Skudai
075953175
www.wasap.my/601163153175
Wrote by poliklinikmazlina
Nak tahu lebih lanjut tentang Poliklinik Mazlina melalui persembahan video?



Tonton teaser ini:



Wrote by poliklinikmazlina
[PUASA DAN KEHAMILAN]

Dari segi kesihatan, walaupun tidak digalakkan, ibu hamil yang sihat dengan janin yang sihat selepas tiga bulan pertama (selepas first trimester) boleh berpuasa jika hendak berpuasa. Jika berasa lemah, atau loya, hendaklah berbuka puasa. Jika pergerakan janin berkurangan (selepas 28 minggu kehamilan), hendaklah berbuka puasa dan terus ke hospital untuk penilaian CTG dan ultrasound untuk menilai pembesaran janin.



Ibu hamil yang tidak sepatutnya berpuasa:
.
1) Tiga bulan pertama kehamilan (first trimester)
2) Ada risiko VTE yang sederhana atau tinggi
3) Ibu yang demam, tidak sihat atau muntah-muntah
4) Ibu yang mempunyai risiko tinggi pre-eclampsia, atau penyakit autoimmune, atau penyakit jantung.
5) Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis (type 1 diabetes, type 2 diabetes, atau GDM yang memerlukan rawatan metformin/ insulin)
6) Ibu yang janinnya dikenalpasti mempunyai masalah pembesaran
7) Ibu menyusu (ataupun tidak menyusu) di dalam masa berpantang. Kadangkala darah nifas hanya dua minggu, tetapi kepekatan darah adalah masih tinggi pada 6 minggu selepas bersalin.
8)Berpuasa pada musim panas dengan waktu siang yang lebih panjang di negara barat.


Selamat berpuasa!


LIKE/ SHARE/ TAG kawan / keluarga anda. 

Semoga bermanfaat :)



POLIKLINIK MAZLINA
No 47, Jalan Pulai 7
Taman Pulai Utama
81300 Skudai

075953175
www.wasap.my/601163153175
Wrote by poliklinikmazlina
Patient ni (lingkungan 40 tahun) datang klinik dgn complain sakit perut, on off. Dah hampir setengah tahun. Period normal katanya, regular. Cuma senggugut teruk setiap kali. Tak ada bleeding yang berpanjangan (lebih 2 minggu).
Bila doktor buat pemeriksaan fizikal, tekan aje perutnya di bahagian ari-ari, terus terasa ada “mass” atau ketulan keras. Katanya tak perasan pun. Dah banyak pergi klinik sebelum ni, cuma diberi ubat angin dan tahan sakit saja.
Bila scan je — terus nampak mass macam kat dalam gambar. Kemungkinan besar ianya adalah fibroid, saiz dah agak besar sebab tu sakit perutnya datang dan pergi (on off).

Kalau dah jumpa kes macam ni, memang kena rujuk pakar sakit puan terus. Tak boleh tunggu. Sebab kita tak tau fibroid tu hanyalah tumor biasa yg tak merbahaya (benign tumor), atau yg sebaliknya (malignant). Dah macam tu takkan nak makan ubat tahan sakit saja kan.





Lessons:
- tak semua sakit perut tu sebab “angin”/ santau/ penyakit misteri.
- ubat tahan sakit utk sementara waktu saje, dia tak merawat. Kalau sakit dtg semula, kena double check kenapa.
- kalau period ada masalah, bleeding lama, senggugut teruk —> jumpa Dr dan scan kalau perlu.
- kena sensitif dgn perubahan bentuk badan— ketulan di perut, perut kembung secara drastik, turun berat badan dlm tempoh yg singkat etc.

---


LIKE/ SHARE/ TAG kawan / keluarga anda. 

Semoga bermanfaat :)



POLIKLINIK MAZLINA
No 47, Jalan Pulai 7
Taman Pulai Utama
81300 Skudai

075953175
www.wasap.my/601163153175
Wrote by poliklinikmazlina
[KENAPA BAYI PERLUKAN DIIMUNISASI]

Ramai mak ayah yg faham tentang kepentingan vaksin, tapi ramai yg masih belum faham/ tahu apa dan bagaimana sebenarnya vaksin ni bekerja.

Vaksin sebenarnya adalah satu bakteria yang telah mati atau dilemahkan fungsi virulennya (bahaya) dengan kaedah tertentu yang diperakui. Bila ia disuntik ke dalam badan (melalui otot), antibodi terhadap bakteria yg dah mati itu akan dihasilkan oleh badan, sekaligus melindungi individu tersebut dari serangan bakteria seumpama itu pada masa akan datang.
.


Mari kita teliti apa sebenarnya penyakit merbahaya yang dapat dihindarkan dengan adanya Jadual Imunisasi KKM ni.

1. BCG (TUBERKULOSIS/ BATUK KERING)
- BCG bertujuan untuk memberi antibodi terhadap kuman Tuberculosis meningitis dan Tibi Miliary. Tidak memberi perlindungan penuh untuk Tibi paru-paru. Kuman ni merebak melalui udara (menerusi batuk, bersin & bendalir lain)

2. HEPATITIS B
- Hepatitis B merupakan jangkitan virus yang menyerang hati dan boleh mengakibatkan penyakit kronik.

3. DTAP/ DIPHTERIA, TETANUS, PERTUSSIVE (SAKIT KERONGKONG, KANCING GIGI, BATUK KOKOL)

Diphteria - Vaksin terhadap kuman Corynebacterium diphtheriae yang menyebabkan jangkitan pada salur tekak, menyebabkan radang dan bengkak pada tekak, seterusnya menyebabkan salur pernafasan tersekat kerana tekak yang membengkak. Boleh membawa maut.

Tetanus - Vaksin terhadap kuman Clostridium tetani yang berjangkit pada luka pada kulit, boleh menyebabkan spasm pada otot. Sekiranya spasm berlaku pada otot pernafasan, pesakit boleh berhenti bernafas dan menyebabkan kematian.

Pertusis - Vaksin terhadap kuman bakteria Bordetella pertussis yang menyebabkan penyakit batuk kokol/whooping cough. Juga boleh menyebabkan komplikasi seperti jangkitan paru-paru, meningitis dan coughing fits yang boleh menyebabkan pendarahan dalam otak dan muntah-muntah.




4. IPV/POLIO
- Virus ini merebak melalui najis atau air atau makanan yang tidak dirawat. Seterusnya ia akan menyerang sistem saraf dan menyebabkan kelumpuhan.

5. HIB/ HAEMOPHILUS INFLUENZA TYPE B
- Kuman ini adalah sejenis bakteria yang menyebabkan bacteremia, pneumonia, epiglottitis dan meningitis.

6. MEASLES/ DEMAM CAMPAK
- Disebabkan oleh measles virus. Orang Melayu panggil campak. Tapi tidak sama dengan Chicken Pox. Chicken pox disebabkan oleh virus lain iaitu Varicella. Measles boleh menyebabkan komplikasi seperti Pneumonia dan meningitis. Ia sangat mudah berjangkit dan mudah menyebabkan wabak jika tidak dikawal dengan segera atau penduduk di suatu kawasan yang tidak divaksin untuk kuman tersebut.




7. MUMPS
- Disebabkan oleh mumps virus. Orang melayu panggil penyakit beguk, atau jangkitan pada kelenjar salivary. Komplikasi dari jangkitan virus mumps adalah Meningitis iaitu jangkitan pada selaput otak baby.

8. RUBELLA
- Disebabkan oleh virus Rubella, atau nama lain German Measles. Ia seperti penyakit Measles, tetapi kurang teruk dan kurang berlaku komplikasi pada masyarakat umum, namun sangat berbahaya kepada ibu mengandung. Virus rubella telah terbukti menyebabkan kecacatan dan keguguran pada bayi dalam kandungan. Seperti measles juga, ia sangat mudah berjangkit.


Kita boleh lihat betapa seriusnya penyakit-penyakit di atas ini dan akibatnya kepada orang yang tidak mengambil vaksin bagi menentang penyakit tersebut. Sebab tu lah TIDAK sepatutnya kita menolak vaksin.

Semoga bermanfaat

Nota:
Di Poliklinik Mazlina vaksin2 wajib masih ada stok.
Pneumococcal vaccine pun ada (synflorix).
Jom grab sebelum habis :)

LIKE & SHARE

Poliklinik Mazlina
Taman Pulai Utama
075953175/ 01163153175
Wrote by poliklinikmazlina
What is in crystal tomato?
 
- crystal tomato carotenoids (skin lightening ingredient fr nature)
- L cystein (an amino acid that helps to boost production of glutathione — body’s master anti oxidant)
.
.

Benefits of crystal tomato:
.

1. Natural sunscreen againts UVA/UVB
2. Anti oxidant to protect against free radical damage
3. Prevent/ reduce pigmentation
4. Anti ageing/ anti photo ageing (reduce melanin synthesis)
5. Promotes even skin tone & radiant complexion
6. Anti inflammatory properties against wounds, post inflammatory hyperpigmentation (PIH) & UV damage
7. Improves skin suppleness, dryness, smoothness & evenness in skin tone
.
Grab yours now while stock lasts!
 WHATSAPP US NOW!
01163153175
01163153175

.
#crystaltomatojb #crystaltomatoplus #crystaltomatoplusmurah #crystaltomato #aesthetic #crystaltomatomalaysia
Wrote by poliklinikmazlina
[PAP SMEAR DAPAT MENGESAN PERINGKAT AWAL SEBELUM KANSER TERJADI]
.
.
Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan peringkat awal (precancerous) kanser serviks. Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada kanser serviks.
.
Kanser serviks merupakan kanser di antara yang tertinggi di kalangan wanita di Malaysia. Kanser serviks adalah keadaan apabila sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser.
.
Pap Smear dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser itu terjadi. Pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya.
.
Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks dan berumur antara 20 – 65 tahun perlu menjalani ujian Pap Smear.
.
Ujian ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, kecuali pada masa haid dan nifas. Beberapa hari sebelum melakukan ujian Pap Smear, pastikan anda tidak melakukan hubungan seks dan menggunakan sebarang ubat di dalam faraj.
.
Ujian Pap Smear dilakukan dengan menggunakan spekulum atau berus serviks yang akan dimasukkan ke dalam faraj. Sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula atau berus serviks dan kemudian dihantar ke makmal untuk diperiksa.
.
Prosedurnya mudah je tau, cepat tak sampai 5 minit pun. Malah, tak sakit seperti yang diperkatakan. Kurang selesa tu mungkin la, tapi takde la terlampau sakit.
.
Keputusan akan diperolehi selepas beberapa minggu melakukan ujian kerana pihak makmal harus memeriksa dengan teliti. Keputusan akan dimaklumkan secepat mungkin.
.
Keputusan yang mungkin dimaklumkan adalah normal atau tidak normal. Jika tidak normal, anda akan dirujuk untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
.
Anda perlu menjalani ujian Pap Smear 2-3 tahun sekali.

.
.

Kos PAP SMEAR di Poliklinik Mazlina hanya RM 55 sahaja termasuk konsultasi. Wow!
.
.
---


LIKE/ SHARE/ TAG kawan / keluarga anda. 

Semoga bermanfaat :)



POLIKLINIK MAZLINA
No 47, Jalan Pulai 7
Taman Pulai Utama
81300 Skudai
075953175
075953175
www.wasap.my/601163153175
.
Kredit: Portal KKM


Wrote by poliklinikmazlina
[ALAA, Hb SAYA LOW]



Ala, hemoglobin saya rendahh.

Selalu sangat kita dengar ibu mengandung ada Hb low. Apa tu?


Hemoglobin merupakan elemen penting dalam darah merah kita. Ia adalah sejenis protein yang kaya dengan zat besi. Julat normal untuk lelaki adalah 13-17g/dL manakala bagi wanita 12-16g/dL. Ketika hamil, kita perlu pastikan Hb kita melebihi 11g/dL. Rendah daripada tu dikira anemia (low Hb).


TAPI JANGAN RISAU, kebanyakan kes hemoglobin rendah adalah BERSIFAT SEMENTARA dan kami ada beberapa tips untuk meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah secara natural.

1. Makan makanan berkhasiat dan tinggi zat besi contohnya sayur berdaun hijau, hati ayam, daging merah, brokoli, kerang, apricot, kismis, kurma, dan yogurt.

2. Meningkatkan pengambilan Vitamin C kerana Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi

3. Elakkan/ kurangkan pengambilan bahan yang mengganggu penyerapan sumber iron seperti kopi, teh dan cola

4. Rajin-rajinlah bersenam kerana senaman dapat meningkatkan keperluan oksigen dan menambah penghasilan darah merah.



Ha, nampak senang kan?

Tapi, kandungan dan peningkatan hemoglobin adalah bergantung kepada individu dan kes kes tertentu seperti kadar hemoglobin yang terlalu rendah atau sentiasa rendah perlulah dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Tapi, untuk ibu mengandung, tak boleh terlalu bergantung pada sumber zat besi dari makanan. Paling penting mummy jangan mengelat makan iron tablet yg nurse pesan tau. Banyak iron yang bagus yang cepat naikkan Hb. Contohnya Iberet Folic Acid.

Tips rahsia: Mummy boleh makan iron tablet (iberet/ obimin) bersama2 dengan Vitamin C untuk meningkatkan kadar penyerapan zat besi.


POLIKLINIK MAZLINA
No 47, Jalan Pulai 7,
Taman Pulai Utama.
075953175
075953175
.
Jemput like Fb page: Poliklinik Mazlina

#poliklinikmazlina
#anemia
#lowhemoglobin
Wrote by poliklinikmazlina

Doktor perasan ada yg kurang faham cara betul kira usia kandungan. Sampaikan ada yg pelik, kenapa baru kawin 4 minggu, tapi bila scan usia kandungan dah 6 minggu. Ni yang orang panggil bunting pelamin tu.

Kena faham betul2 ni, lagi2 pasangan yg baru nikah. Takut suami salah faham pulak. Kejap lagi ada jugak yang menuduh si isteri mengandung sebelum nikah.

So, camane nak kira?

Kita kira dari tarikh HARI PERTAMA period pada bulan terakhir kita period. Yang ni la kita panggil LMP (Last Menstrual Period). Bila haid habis tu tak penting.

Contoh:

Suraya datang period 1/1/18 hingga 7/1/18.
Cycle dia biasanya setiap 28 hari.
Dia bernikah pada 10/1/18, dan hubungan suami isteri berlaku selepas tu.

Kita anggap proses ovulasi berlaku pada hari ke 14 (untuk yang cycle 28-30 hari).
kebiasaannya cycle period adalah sekitar 24-36 hari, dan proses ovulasi berlaku sekitar hari ke 7 hingga hari ke 21.

Ovum boleh hidup selama 24 jam je.
Sperma pulak boleh hidup dlm rahim wanita sekitar 3/4 hari.
So, persenyawaan pun berlaku.
Embrio pun terbentuk dan akhirnya melekat pada dinding rahim.
Kalau buat urine pregnancy test --> POSITIF!!

Suraya pulak, sepatutnya next period dia datang awal bulan 2. Tapi tunggu punya tunggu, tak datang2. 2 minggu lepas tu, dia cek UPT, konfirm mengandung.

**tapi kebanyakan scan boleh kesan kantung baby seawal 5 minggu. Tapi kadang tak nampak sebab ketebalan dinding perut ibu, boleh cuba scan lagi selepas 1-2 minggu.





Sebab tu kena ingat LMP. Lagi yang baru kawin, atau pasangan yg dalam perancangan dapat anak. Nak senang, rekod dalam kalendar setiap kali datang period. Kena ingat jgk, hari last period tak berapa penting tauuu.

Sebab tu nikah baru 4 minggu, tapi usia kandungan dah 6 minggu. Sebab kita kira dari hari pertama last period. (Bukan dari tarikh kawin :))

Faham ke faham?? 🙂

Tag kawan anda yang plan nak mengandung. Moga sama-sama dapat manfaat.

#poliklinikmazlina
#klinikswastaskudai
Wrote by poliklinikmazlina
Newer Posts Older Posts Home

About Me

poliklinikmazlina
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • ►  July (1)
  • ▼  2018 (9)
    • ▼  September (1)
      • APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA BAYI TIDAK SIHAT
    • ►  August (1)
      • Video Acah-acah Promo
    • ►  May (2)
      • PUASA DAN KEHAMILAN
      • Kes: Tumor dan Fibroid
    • ►  March (3)
      • KEPENTINGAN IMUNISASI/ VAKSINASI UNTUK BAYI ANDA
      • CRYSTAL TOMATO SEKARANG TENGAH PROMO! WHATSAPP KAM...
      • PAP SMEAR DAPAT MENGESAN PERINGKAT AWAL SEBELUM KA...
    • ►  February (1)
      • Alaaaa, rendahnya Hb saya :(
    • ►  January (1)
      • Cara Betul Kira Usia Kandungan
  • ►  2017 (22)
    • ►  November (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (7)
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (2)
    • ►  December (2)

Instagram Gallery

Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Cara Betul Kira Usia Kandungan
    Doktor perasan ada yg kurang faham cara betul kira usia kandungan. Sampaikan ada yg pelik, kenapa baru kawin 4 minggu, tapi bila scan usia...
  • Mengandung? Apa langkah seterusnya yang patut saya buat?
    Kandungan biasanya dapat dikesan setelah period (haid) dirasakan sedikit lewat dari tarikh yang sepatutnya. Cara yang paling mudah adalah ...
  • Alaaaa, rendahnya Hb saya :(
    [ALAA, Hb SAYA LOW] Ala, hemoglobin saya rendahh. Selalu sangat kita dengar ibu mengandung ada Hb low. Apa tu? Hemoglobin merupa...
  • Fakta menarik berkenaan bayi di dalam rahim ibu
    Ingat lagi tak kali pertama tau mummy semua hamil, lagi-lagi pulak first baby, mesti seronok dia tak dapat digambarkan. Kan? Hehe. Tapi m...
  • Scan 4D atau 2D, mana lagi penting?
    Scan 2D: Scan 2D ialah scan yang digunakan sejak tahun 70-han. Lazimnya, pesakit akan mengadu bahawa dia tidak faham apa yang ditunjukk...
  • Antenatal Check Up - Buka Buku Pink di Poliklinik Mazlina
    Antenatal Check Up Alhamdulillah, setelah hampir sebulan beroperasi, Poliklinik Mazlina mengorak selangkah lagi dengan menyediakan per...
  • Kes: Tumor dan Fibroid
    Patient ni (lingkungan 40 tahun) datang klinik dgn complain sakit perut, on off. Dah hampir setengah tahun. Period normal katanya, regular...
  • Kayap Ular? Apa tu?
    Apakah penyakit kayap? Dalam istilah perubatan, ia dipanggil Herpes Zoster. Ianya adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang diseba...
  • Molar Pregnancy (kehamilan anggur)
    Klinik kami baru saja dibuka tapi telah pun dikunjungi oleh kes-kes yang dikatakan agak rare atau jarang berlaku. Baru 2 hari lepas ad...
  • Tambahan Servis - Pemeriksaan Darah
    Alhamdulillah Poliklinik Mazlina sudah pun dilengkapi dengan satu lagi mesin yang tidak kurang pentingnya iaitu FBC Machine (mesin darah ...

ABOUT AUTHOR

Advertisement

Categories

  • Anemia
  • Anemia in pregnancy
  • Antenatal check up
  • Baby
  • bayi
  • cervical cancer
  • crystal tomato
  • crystal tomato johor bahru
  • crystal tomato malaysia
  • crystal tomato murah
  • crystal tomato plus
  • Demam Panas
  • detailed scan
  • diphteria
  • ebook
  • fasting
  • fibroid
  • galeri
  • GBS
  • Group B Streptococcus
  • hamil
  • Hb low
  • Herpes Zoster
  • imunisasi
  • Info Korporat
  • Jantina
  • Jenama
  • kanak-kanak
  • Kanser
  • kanser serviks
  • Kayap ular
  • Kehamilan
  • kira usia kandungan
  • klinik panel
  • molar pregnancy (kehamilan anggur)
  • paediatric
  • panel
  • pap smear
  • perkembangan
  • Perkhidmatan
  • pertussis
  • poliklinik mazlina
  • Pregnancy
  • Promosi
  • Promosi 4D
  • puasa
  • Scan 2D/ 3D/ 4D
  • Scan 4D
  • Servis
  • Shingles
  • Tawaran kerja
  • tetanus
  • Tip Kesihatan
  • tips
  • Tumor
  • typhoid vaccine
  • update
  • usia kandungan
  • VAKSIN
  • vaksinasi
  • Varicella Zoster
  • video
  • video korporat
  • video promo

Copyright © 2016 Poliklinik Mazlina. Designed by OddThemes & Blogger Templates