• Home
  • Panels
    • Panel Application
    • List of Panels
    • Panel Feedback
      • Menu 1
      • Menu 2
  • Social
    • Facebook
    • Instagram
    • BusinessSite
  • Healty Tips
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • The Doctor
  • Services
  • Contact Us
Poliklinik Mazlina
Ingat lagi tak kali pertama tau mummy semua hamil, lagi-lagi pulak first baby, mesti seronok dia tak dapat digambarkan. Kan? Hehe.

Tapi mummy semua tau tak dalam rahim mummy lagi macam2 gelagat baby yg kita kadang2 tak sangka baby buat. Ingatkan dia tau tidur, tendang-tendang macam tu je. Nak tau fakta menarik pasal baby yg menakjubkan dalam rahim mummy? Jom baca.

1. Dapat menikmati rasa mulai dari dalam rahim

- menurut kajian, seawal 15 minggu janin dah dapat mengecap rasa air ketuban.
makanan seperti halia, bunga cengkih, halia dan benda manis dipercayai boleh mengubah rasa air ketuban tu.

2. Membuka mata

- Haa, baby boleh buka mata tau. Tapi, mungkin kadang - kadang jelah. Berlaku dalam lingkungan 28 minggu. Baby boleh response terhadap cahaya lampu yg dihalakan ke perut ibu.

3.Tersenyum

-Ni biasa kita tengok masa buat scan 4D. Baby dah mula belajar senyum sekitar 26 minggu tau. Masa ni la sesuai nak buat 4D :)

4. Sedu (hiccup)

- Jangan tak tau, baby pun boleh tersedu tau dalam rahim ibu. Kalau mummy perasan ada pergerakan sekata dalam satu tempoh tu, haa masa tu baby tengah sedu la tu.

5. Menguap

- Yang ni biasa mummy tengok kalau buat 4D. Yela, apa lagi yg dia boleh buat dalam perut mummy tu kan? Tido, tendang2, menguap, lepas tu tidur balik :). Yela, takkan nak cuci kain pulak kan.

6. Menangis

- Mungkin tak nampak la macam airmata keluar tapi baby boleh menangis tau. Mungkin perasan bila dapat capture momen bila bibir bawah baby seakan bergetar2 (macam nangis).

7. Hisap jari

- Dari dalam perut mummy lagi baby dah pandai hisap jari (sucking). Yela, ni sebagai persediaan baby nak menyusu bila dah lahir nanti.

8. Mendengar suara di luar kandungan

- Baby mampu dengar suara daripada luar tau. Rajin2 lah bersembang dengan baby tu. Perdengarkan ayat Quran pun bagus kan :)

9. Bonding

- Mummy bercakap pun baby boleh cam suara dari dalam rahim lagi. Sebab tu bila lahir baby sangat sensitif lagi2 kalau dengar suara mummy, terus tercari2 :)

Haaaa, amacam. Menarik kan? Macam2 rupanya baby buat dalam perut mummy tu. Cuma cuci pinggan je dia tak buat :). Semua gelagat baby dalam rahim tu sebenarnya Tuhan jadikan sebagai persediaan bila baby lahir ke dunia nanti.

Selamat menempuh dunia baru bersama baby. Semogam dipermudahkan semua urusan mummy dan baby ye :)


.
POLIKLINIK MAZLINA
TAMAN PULAI UTAMA
075953175
Wrote by poliklinikmazlina
“Sis preggy berapa bulan sis? Nampak perut bujur ke depan ni, baby boy ye?”
Tanya Minah pada Suzie yg sedang hamil 7 bulan.

“Ntahla sis. Ramai teka boy ni. Tapi scan nampak girl. Tapi scan hitam putih tu jelah. Ntah boleh percaya ke tak doktor tu” ngomel Suzie pulak.

Haaaa. Biasa dengar tak drama macam ni. Topik biasa jadi bahan sembang kaum2 mak2 ni. Terasa ke tu? Hihihihi.
.


10 SOALAN POPULAR MENGENAI SCAN BAYI

1. Scan 2D tu apa? - scan hitam putih yg biasa dibuat tu. Ia berupaya menembusi badan janin untuk memperlihatkan organ dalaman. Jangan pandang rendah kebolehan scan 2D ni. Sebab ia adalah scan utk ukur tumbesaran baby, posisi uri, jumlah air ketuban, dan sesuai utk semua usia kandungan. Kalau ada masalah dari segi parameter kat atas ni, blh dikesan insyaAllah.

2. Scan 4D? - scan berwarna kekuningan/ jingga. Dapat tengok luaran baby (sebab tu lebih mudah difahami sbb muka baby, bahagian tubuh baby dapat dilihat), secara live (video bergerak). Kekurangannya adalah ia tak dapat kesan kecacatan organ dalaman (sebab tak memperlihatkan organ dalaman janin). Biasa mummy buat utk koleksi simpanan sendiri.

3. Scan 3D? -sama mcm 4D tapi imej baby tu statik (tak bergerak).

4. Scan 5D? - imej seperti 4D tetapi berwarna coklat kemerahan, mungkin lebih jelas (tetapi bergantung pada jenis machine)

5. Detailed scan? - scan 2D yg dilakukan oleh pakar / sonographer terlatih. Bezanya pemeriksaan dilakukan tu lebih terperinci dilakukan terhadap organ2 dalaman janin. Sebab tu kalau ada kecacatan blh dikesan.

6. Nak tengok jantina? - boleh scan 2D seawal 18 minggu. Kalau baby boy dah jelas nampak tau.

7. Scan 4D bila boleh buat? - pertama, kena faham nak buat 4D nak tengok apa. Mesti nak tengok muka baby kan. Maknanya, kalau saya, disyorkan buat bila baby dah besar sket (26 minggu hingga -34 minggu). Muka baby dah agak jelas dan chubby. Barula imej pun cantik. Tapi, jgn la kata nak buat 4D masa 38 minggu. Kepala baby dah masuk dlm pelvis. Susah dah nak nampak.

8. Kandungan saya kecil lagi, 18 minggu, nak buat 4D jugak boleh tak? - boleh sis, doktor tak larang pun. Tapi kalau imej tak lawa jangan marah doktor ye.

9. Kalau nak tengok jantina lagi baik buat 4D ke 2D? - bolehje dua2. Tapi doktor prefer 2D, sebab posisi baby macam mana pun biasanya boleh nampak (kecuali kalau dia betul2 tutup). 4D pun boleh, tapi biasanya terhalang dengan peha baby (lagi2 kalau posisinya mengiring). Maknanya, kalau dah 7/8 bulan, buat je 4D (doktor akan buat 2D jugak biasanya). Kalau 5/9 bulan, 2D pun dapat tengok jantina insyaAllah.

10. Harga? - sudah semestinya 4D lebih mahal. Apatah lagi 5D/6D. Makin canggih mesin scan, makin mahal la harganya :) kena ambik kira cost dvd, dan gambar color yg doktor print tu, serta masa yg diluangkan lebih lama berbanding scan 2D.




So, faham dah sekarang?
Ada kekeliruan lain mengenai scan boleh bertanya di ruang komen di bawah.

Muat Turun e-Book soalan lazim tentang ultrasound scan di sini.
>>E-Book Soalan Lazim Scan (ibu mengandung)

Jemput like/ follow page kami:
https://www.facebook.com/poliklinikmazlina/
https://www.instagram.com/poliklinikmazlina/
Wrote by poliklinikmazlina
BABY BOY KE BABY GIRL? BAGAIMANA, DAN BILA WAKTU SESUAI NAK SCAN?
.
Bila dah pregnant, mesti mummy semua nak tau apa gender baby dlm perut mummy tu kan. Yela, bila dah tau senang mummy nak prepare barang baby bila baby dah lahir nanti. Betul tak?
.
Sebenarnya, masih ramai yg tak tau bahawa jantina baby boleh dikesan seawal 16 minggu. Itu pun kalau dlm rahim tu baby boy. Kalau baby girl, doktor pun agak konfius. Hehe.
.
Jadi, waktu yg paling bagus utk tengok jantina baby adalah 18 minggu ke atas. Lebih tepat sebab saiz baby dah agak besar.
.
Scan apa nak tengok jantina?
.
Scan 2D dah cukup. Boleh dikatakan almost 100% accurate. Tapi, juga bergantung pada posisi baby waktu tu lah.
.
Boleh je mummy nak buat scan 4D seawal 18 minggu, cuma kurang digalakkan sebab baby sgt aktif, baby fat belum terbentuk dgn sempurna, jadi imej akan jadi kurang memuaskan (berbanding kalau 4D dibuat pada usia baby lebih besar). Tapi, kalau mummy nak buat 4D jugak pada usia 18/20/22 minggu dan seumpamanya, boleh je, doktor tak larang pun :)
.
So, dah faham BILA dan BAGAIMANA nak tengok jantina baby mummy? Tag kawan2 mummy yg plan nak intai jantina baby mereka. Mana tau bermanfaat :)

POLIKLINIK MAZLINA
Taman Pulai Utama, Skudai
07-5953175
.
#poliklinikmazlina
#klinikswastaskudai
#jantinabayi
#scan4Djohorbahru
Wrote by poliklinikmazlina
🌞TIPS NAIKKAN BERAT BADAN🌝
.
"Kau kenapa kering kontang sangat, mak kau tak kasi makan ke?"


Biasa dengar soalan tu? Sakittt tau hati kita kalau orang cakap macam tu. Ingat orang gempal je ke cepat terasa. Orang kurus kering pun sama tauuuu. Haha.

Macam mana nak gemuk (berat ideal)?

🥘 jangan biarkan perut kosong lebih dari 4 jam.
🥘 kerap makan. jangan makan 3x sehari. kalau boleh 5x sehari. lagi kerap lagi bagus
🥘 makan makanan tinggi protein (bukan makanan merepek) seperti daging, telur, kacang, keju etc


Ada lagi tips, kita sambung lain kali. Cuba tips yang atas ni dulu ye 🙂.
Kita nak dapatkan berat badan ideal supaya lebih fit dan sihat. Bukan setakat nak nampak cantik je. Orang gemuk senang dapat penyakit, orang kurus pun sama tau.
.
Ps:  Kami TIDAK support sebarang vitamin gemuk yang dijual berleluasa di pasaran sekarang (yang ada pil oren/kuning tu).
.
#poliklinikmazlina
#klinikswastaskudai
#tipsnaikkanberatbadan
#tipskuruslainkaliye
Wrote by poliklinikmazlina
Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka. Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain. 

Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :
  1. Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura.
  2. Migrain dengan aura: sakit kepala didahului dengan aura.
Gejala-gejala

A. Sakit kepala
Sakit kepala migrain biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’. Kadang-kadang sakit juga boleh dirasai pada kedua-dua belah kepala. Biasanya, kesakitan bertambah secara perlahan-lahan, selepas itu ia beransur pulih dan hilang sepenuhnya selepas 4-72 jam. Kesakitan migrain boleh berada pada tahap sederhana atau sangat sakit. Pesakit mengadu mereka tidak dapat meneruskan kerja atau aktiviti-aktiviti apabila diserang oleh migrain. Serangan migrain mungkin jarang berlaku, contohnya sekali dalam beberapa bulan, atau kadang-kadang lebih kerap contohnya beberapa kali dalam seminggu.

Selain itu, pesakit boleh merasa loya dan kadang-kadang muntah. Semasa serangan migrain, kebanyakan pesakit tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat, dan mereka lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.

B. Aura
Aura bermaksud tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala. Biasanya ia berlaku selama 1-15 minit. Contoh-contoh aura ialah:
  • Aura penglihatan (visual aura): contohnya kehilang sebahagian daripada penglihatan secara sementara, dan kelipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya dari penglihatan
  • Perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan
  • Masalah pertuturan
  • Lain-lain: bau atau perasaan yang aneh, sedikit kekeliruan dalam pemikiran
Sebelum setiap serangan, pesakit mungkin mengalami perubahan dalam perasaan dan selera yang tidak begitu ketara. Perasaan ini bermula beberapa jam atau beberapa hari sebelum sakit kepala yang sebenar. Ini diikuti dengan aura, kemudian sakit kepala. Akhirnya sakit kepala hilang secara beransur-ansur. Pada masa ini pesakit mungkin berasa letih, senang marah, murung dan mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.

C. Faktor pencetus:
Migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor pencetus :
  • Makanan: alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
  • Persekitaran: merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya minyak wangi
  • Psikologi:Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrainhujung minggu’ (weekend migraine)
  • Ubat-ubatan: rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
  • Lain-lain: haid, pertukaran masa tidur, putus haid
Namun begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat.



Migrain yang jarang berlaku
a. Migrain semasa haid (Menstrual migrain)
Migrain yang hanya berlaku sekitar haid, tetapi tidak menyerang pada masa-masa lain
b. Abdominal migraine
Biasanya berlaku pada kanak-kanak. Serangan adalah dalam bentuk sakit perut selama beberapa jam tanpa sakit kepala
c. Ocular migraine
Ia menyebabkan kehilangan semua atau sebahagian daripada penglihatan pada sebelah mata, atau kadang-kadang pergerakan mata yang tidak normal.
d. Hemiplegic migraine
Serangan dalam bentuk sakit kepala dan lemah pada satu belah badan. Ia boleh menyebabkan kekeliruan dengan angin ahmar (strok).
e. Basilar-type migraine
Tanda-tandanya termasuk sakit pada bahagian belakang kepala, dan aura yang luar biasa contohnya menjadi buta secara sementara, imej berganda, pening yang memusing, dengung, pertuturan yang tidak jelas dan pening kepala.

Diagnosa

Seseorang pesakit diputuskan sebagai mengidap migrain bedasarkan gejala-gejala yang khas seperti di atas, setelah doktor berpuas hati daripada pemeriksaaan fizikal bahawa pesakit tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa. Tidak ada ujian yang khusus untuk migrain. Kadang-kadang pesakit juga boleh mendapat sakit kepala yang lain sebagai tambahan kepada sakit migrain. Doktor yang merawat seharusnya bertanyakan semua tanda-tanda secara terperinci untuk membuat diagnosa yang betul. Jika terdapat ketidakpastian, ujian-ujian seperti pemeriksaan darah atau imbasan kepala (scan) perlu dibuat untuk memastikan tiada punca sakit kepala yang lain.

Rawatan

Rawatan migrain boleh dibahagikan kepada rawatan akut dan rawatan pencegahan. Pesakit adalah dinasihatkan untuk berunding dengan doktor mereka sebelum memulakan rawatan.

a. Rawatan akut:
Tujuan rawatan akut ialah untuk memberikan kelegaan yang segera. Ubat penahan sakit haruslah diambil secepat mungkin apabila tanda-tanda sakit kepala baru bermula, untuk mengurangkan tahap kesakitan atau menghilangkan sakit secara sepenuhnya. Contoh-contoh ubat penahan sakit ialah paracetamol (Panadol), mefenamic acid(ponstan), ibuprofen, diclofenac(voltaren), naproxen(synflex) dan sebagainya.

Rawatan ini boleh diulangi beberapa jam kemudian jika tiada kelegaan. Namun begitu, ubat-ubat ini tidak harus digunakan terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala menjadi lagi teruk jika digunakan berlebihan. Pesakit juga perlu berwaspada dengan kesan-kesan sampingan ubat penahan sakit sebelum mengambilnya, contohnya masalah gastrik dan alahan terhadap ubat sebegini.
Untuk loya dan muntah, pesakit boleh mengambil ubat penahan muntah. Ubat penahan muntah dalam bentuk mudah larut lebih senang diserap oleh badan. Contoh ubat penahan muntah ialah metoclopramide (maxolon)dan prochlorperazine( stemetil).
Ubat daripada kumpulan triptan (contohnya sumatriptan) boleh diambil jika ubat penahan sakit tidak berkesan. Ubat-ubat ini adalah khas untuk migrain dan biasanya ia berkesan untuk mengurangkan atau menghilangkan sakit kepala. Pesakit haruslah mengambil dos pertama dengan awal semasa sakit baru bermula, untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Ergot alkaloid seperti cafergot juga digunakan dalam serangan migrain yang teruk, tetapi ia haruslah dielakkan bagi golongan yang berumur, ibu yang mengandung dan pesakit yang mempunyai masalah jantung.

b. Rawatan pencegahan
Rawatan pencegahan membantu untuk mengurangkan tahap kesakitan serta kekerapan serangan migrain. Ia diberikan apabila sakit kepala menjadi terlalu kuat atau terlalu kerap, dan mula mengganggu aktiviti seharian atau pekerjaan pesakit. Ia haruslah diambil setiap hari secara berterusan, walaupun sakit kepala tidak berlaku pada hari tersebut. Rawatan boleh dihentikan selepas 3 atau 6 bulan jika sakit kepala adalah terkawal.
Contoh-contoh rawatan pencegahan adalah: pizotifen (sandomigran), flunarizine(sibelium), propranolol, sodium valproic(epilim) dan sebagainya. Pilihan ubat adalah berdasarkan kesesuaian dan kesan-kesan sampingan yang dihadapi oleh setiap pesakit.

c. Rawatan tanpa ubatan
Selain mengambil rawatan ubatan, pesakit juga dinasihatkan mengambil rawatan tanpa ubatan untuk mengurangkan serangan migrain seperti ‘relaxation training’, menangani stres, mengelakkan faktor pencetus seperti cahaya yang terang, setengah makanan/minuman, stres dan kurang tidur.

Komplikasi

Jarang sekali, pesakit mungkin boleh mendapat angin ahmar yang berkaitan dengan serangan migrain. Sesetengah pesakit pula mungkin mendapat serangan yang sangat teruk dan berpanjangan yang dipanggil ’status migrainosus’, di mana ubat tahan sakit yang lebih kuat biasanya diperlukan.

Kesimpulan

Serangan migrain yang kerap atau teruk boleh menggangu kehidupan seharian. Pesakit digalakkan untuk mendapatkan rawatan bagi mengawal gejala migrain untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.

Sumber: www.myhealth.gov.my





POLIKLINIK MAZLINA 075953175




Wrote by poliklinikmazlina

Jangan lepaskan peluang untuk sesi promosi Scan 4D sempena bulan kemerdekaan yang ke 60 dan Hari Raya Aidil Adha yang akan disambut hujung minggu ini.

Tempoh promosi adalah dari 27 Ogos 2017 (Ahad) hingga 31 Ogos 2017 (Khamis) . Slot untuk scan 4D hanya dibuka dari 8.30 pagi hingga 8.00 malam sahaja, sepanjang tempoh promosi.

Ya, kami akan buka setengah hari pada hari Khamis sehingga jam 3 petang pada 31 Ogos ini. Jangan lepaskan peluang, tempah slot anda.

Berapa caj untuk scan 4D ni?

Hanya RM80 sahaja dan anda akan dibekalkan dengan 1 CD dan 1 cetakan imej (4D).

Nota:
- Usia kandungan disarankan antara 26 minggu hingga 34 minggu (baby fat telah terbentuk dan imej bayi lebih jelas pada tempoh ini).
- Bagi usia kandungan 35 minggu dan ke atas, masih boleh mencuba cuma kebarangkalian untuk berjaya tipis.
- Walau bagaimanapun, kejayaan 'melihat' muka bayi bergantung kepada posisi bayi, jumlah air ketuban, kedudukan placenta /uri dan ketebalan dinding perut ibu.
- Untuk melihat jantina bayi, memadai scan 2D sahaja.

Tempah slot anda!!

Hubungi klinik untuk tempahan slot:

POLIKLINIK MAZLINA
Taman Pulai Utama, Skudai
07-5953175

Wrote by poliklinikmazlina
Shingles


Apakah penyakit kayap?

Dalam istilah perubatan, ia dipanggil Herpes Zoster. Ianya adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus Varicella Zoster (virus sama yg menyebabkan chicken pox atau cacar air).

Risiko utama?
1. Usia meningkat, menyebabkan imun sistem berkurangan
2. Kelemahan sistem imun disebabkan penyakit (cth HIV) ataupun ubat - ubatan seperti steroid

Penyebab penyakit kayap?
- pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit chicken pox. Selepas dia sembuh dari chicken pox, virus ini akan berhibernasi dalam ganglion (pusat saraf). Apabila sistem imun lemah, ia akan aktif semula, dan akan menyerang urat saraf seterusnya menyebabkan keradangan urat saraf tersebut.

Image result for shingles

Gejala?
1. Peringkat awal
- rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yg terlibat, demam, sakit kepala
- bengkak kelenjar limfa

2. Peringkat aktif
- rashes (lepuhan kulit) yg menyakitkan pada bahagian urat saraf yg terlibat (dermatome)
- gelembong2 air kecil selepas 1-2 hari
- lepuhan kulit itu akan pecah, berair dan meleleh dan menjadi kudis dlm masa 5 hari
- kudis tersebut akan jatuh sendiri dalam seminggu dua

Komplikasi?
- jangkitan bakteria pada lepuhan kulit
- facial palsy (paralisis pada bahagian muka) atau menjejaskan penglihatan jika kayap melibatkan bahagian muka (herpes zoster ophthalmicus)
- post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yg terlibat utk jangka masa yg panjang)

Rawatan?
1. Antiviral (acyclovir) - utk memendekkan jangka masa penyakit tersebut
2. Ubat tahan sakit - meredekan kesakitan
3. Krim antibiotik - sekiranya berlaku jangkitan bakteria pada bahagian lepuhan tersebut

POLIKLINIK MAZLINA
TAMAN PULAI UTAMA
075953175


Dalam istilah perubatan, kayap dikenali sebagai herpes zoster. Punca penyakit kulit dan saraf ini terjadi adalah disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV) yang menyebabkan timbulnya ruam di permukaan kulit yang amat pedih dan muncul juga kelepuhan pada bahagian tertentu tubuh.
Ada 2 golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti oleh kuman VZV ini. Kedua-dua golongan ini mempunyai daya ketahanan sistem imun yang rendah.
  1. Golongan yang lebih berusia iaitu umur lebih daripada 50 tahun. Semakin berusia, tanpa pengambilan supplemen seperti vitalea, sistem imun akan semakin berkurangan.
  2. Sistem pertahanan badan yang lemah disebabkan faktor tertentu seperti jangkitan kuman HIV dan kesan sampingan ubat seperti steroid.
Pencetus penyakit kayap ini adalah apabila virus VZV ini diaktifkan. Sebenarnya, virus ini sudah berada dalam tubuh apabila seseorang itu mengalami penyakit cacar air atau chickenpox. Setelah cacar air ini sembuh, virus tersebut berhibernasi dalam pusat saraf dan akan mula menyerang apabila sistem imun berkeadaan lemah. Ia akan menyerang urat saraf sehingga menyebabkan radang saraf.


Read more http://www.celikvitamin.com/blog/punca-dan-cara-ubati-kayap-sebelum-kronik/
Wrote by poliklinikmazlina

Apakah Group B Streptococcus(GBS)?

Group B Streptococcus, atau GBS, juga dikenali sebagai strep kumpulan B, adalah salah satu daripada pelbagai jenis bakteria yang biasanya hidup di dalam badan manusia. Kira-kira 1/3 daripada kita "membawa" GBS di dalam usus tanpa kita sedari.

Kira-kira ¼ daripada wanita mempunyai GBS di dalam faraj mereka. Kebanyakan wanita tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti GBS kerana biasanya ia tidak mendatangkan masalah atau menunjukkan simptom-simptom tertentu.

Walau bagaimanapun, dalam kes-kes yang jarang berlaku, GBS boleh menyebabkan penyakit yang serius dan boleh menyebabkan kematian kepada bayi yang baru lahir. Walaupun kes-kes ini luar biasa, GBS merupakan punca jangkitan yang teruk kepada bayi yang baru dilahirkan, terutamanya pada minggu pertama selepas kelahiran (dikenali sebagai jangkitan permulaan awal).

Bagaimana untuk mengetahui yang saya membawa GBS?

Jika anda membawa GBS, anda tidak semestinya akan tahu kerana biasanya tiada kesan-kesan buruk. Terdapat sejenis ujian GBS, tetapi ia tidak dilakukan secara rutin semasa hamil.

Wanita hamil sering mendapati mereka menghidap GBS secara kebetulan, apabila mereka menjalani ujian calitan faraj (vaginal swab) untuk memeriksa sesuatu yang lain. Jangkitan GBS ini juga boleh datang dan pergi, walaupun anda didapati positif terhadap jangkitan GBS pada awal kehamilan, tetapi anda mungkin tidak mempunyai GBS apabila tiba masa untuk bersalin.

Jadi, adalah penting bagi wanita hamil dan penjaganya untuk mengetahui bilakah bayi mereka cenderung untuk dijangkiti GBS dan tanda-tanda jangkitan GBS terhadap bayi mereka.

Saya sedang hamil. Apakah yang perlu saya tahu tentang GBS?

Kebanyakan bayi terdedah kepada GBS sebelum atau semasa kelahiran tanpa sebarang kesan buruk. Namun, tidak jelas mengapa sesetengah bayi boleh terkena jangkitan sementara yang lain tidak. Apa yang pasti, kebanyakan jangkitan GBS terhadap bayi yang baru dilahirkan boleh dicegah.

Wanita yang berada di dalam situasi berisiko tinggi boleh diberikan antibiotik intravena sama ada ketika hendak bersalin ataupun apabila air ketuban mula pecah (yang mana berlaku dahulu) sehingga bayi dilahirkan.

Pembedahan caesearian  tidak digalakkan untuk mencegah jangkitan GBS kepada bayi kerana ia tidak menghapuskan risiko GBS terhadap bayi.

Sangat jarang GBS menyebabkan jangkitan kepada uterus atau saluran kencing pada ibu-ibu yang baru hamil.

Adakah bayi saya berisiko mendapat jangkitan GBS?

Beberapa faktor boleh membantu anda untuk mengesan samada bayi anda cenderung untuk mendapat jangkitan GBS.

Ini termasuklah, jika :

  • anda menunjukkan tanda untuk bersalin awal (sebelum 37 minggu)

  • air ketuban pecah 18 jam atau lebih sebelum bayi dilahirkan;

  • suhu badan anda naik (38 ͦC / 100 ͦF atau pun lebih) ketika proses kelahiran;

  • sebelum ini anda mempunyai bayi yang dijangkiti GBS;

  • anda didapati membawa GBS di faraj anda dan/atau dubur semasa anda hamil;

  • GBS dikesan pada air kencing ketika hamil (ia haruslah dirawat apabila didiagnos, namun walaupun anda telah dirawat, perhatian yang lebih masih perlu diberi semasa proses kelahiran

 

Bagaimana menguruskan proses kelahiran dan selepas bersalin?

Jika anda tidak tergolong di dalam kumpulan berisiko tinggi, bayi anda tidak mudah untuk dijangkiti GBS.

Jika anda berisiko tinggi, kajian menunjukkan dengan pengambilan antibiotik intravena bermula daripada tempoh hendak bersalin atau apabila air ketuban anda pecah sehinggalah bayi anda dilahirkan boleh mencegah jangkitan GBS kepada bayi yang baru dilahirkan.

Sebaik-baiknya, anda harus mengambil antibiotik intravena sekurang-kurangnya 2 jam sebelum bayi anda dilahirkan dan setiap 4 jam semasa tempoh hendak bersalin. Terdapat beberapa risiko terhadap diri anda dan bayi dengan pengambilan antibiotik ini, maka berbincanglah dengan doktor tentang kes anda itu bagi memastikan bahawa rawatan adalah pilihan terbaik untuk anda.

Jika anda mempunyai dua atau lebih faktor-faktor berisiko seperti di atas, maka doktor anda akan mencadangkan rawatan semasa bersalin untuk mengurangkan risiko kepada bayi yang sedang dijangkiti.

Jika anda bercadang melakukan caeserian, antibiotik intravena tidak diperlukan melainkan jika air ketuban anda telahpun pecah atau sekiranya proses bersalin sudah bermula.

Jika bayi anda berisiko tinggi mendapat jangkitan GBS, sebaik sahaja bayi dilahirkan:

  • dia haruslah diperiksa serta-merta oleh pakar pediatrik;

  • jika anda berdua benar-benar sihat, dan anda mendapat rawatan penuh dengan mengambil antibiotik intravena semasa proses kelahiran, bayi anda mungkin akan diberikan antibiotik intravena;

  • jika anda berdua sihat, tetapi anda tidak menerima rawatan penuh dengan mengambil antibiotik intravena semasa proses kelahiran, bayi anda akan diberikan antibiotik intravena sehingga dia benar-benar sihat;

  • jika anda atau bayi anda menunjukkan tanda-tanda jangkitan GBS, antibiotik intravena harus diberikan kepadanya dengan segera.


Doktor masih lagi melakukan kajian tentang cara terbaik untuk merawat bayi yang baru dilahirkan yang berisiko terhadap jangkitan GBS, oleh itu terdapat beberapa kes di mana bayi anda mungkin perlu atau mungkin tidak perlu diberikan antibiotik.

Apakah risiko-risiko rawatan?

Kebanyakan wanita dan bayi boleh diberikan penisilin sebagai rawatan antibiotik untuk GBS tanpa sebarang kesan buruk. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil orang alah kepada penisilin dan boleh menyebabkan reaksi alahan yang teruk (anafilaksis), yang boleh membawa maut.

Wanita yang alah kepada penisilin boleh juga diberikan antibiotik yang lain.

Lain-lain kesan sampingan yang kurang teruk daripada rawatan antibiotik termasuklah cirit-birit dan loya. Walau bagaimanapun terdapat kebimbangan yang antibiotik boleh memberi kesan kepada keseimbangan bakteria flora di dalam usus bayi.

Kesan-kesan buruk ini membuatkan sesetengah doktor lebih berhati-hati tentang penggunaan antibiotik jika tiada keperluan untuk menggunakannya, terutamanya terhadap bayi yang baru dilahirkan. Sesetengah doktor lebih gemar untuk "melihat dan menunggu" dalam tempoh 12 jam selepas bayi dilahirkan sebelum memberikan antibiotik yang mungkin tidak diperlukan.

Apakah tanda-tanda jangkitan GBS terhadap bayi anda?

Jangkitan GBS pada bayi selalunya berlaku pada peringkat awal (dalam masa tujuh hari selepas dilahirkan), dengan 90 peratus berlaku dalam masa 12 jam selepas kelahiran.

Dalam kebanyakan kes, gejala jangkitan GBS pada bayi boleh diketahui semasa atau sebaik sahaja kelahirannya.

Tanda-tanda biasa jangkitan awal GBS termasuklah:

  • mendengus

  • kurang menyusu

  • kelesuan

  • cepat meragam

  • tekanan darah rendah

  • suhu badan tinggi atau rendah, kadar degupan jantung dan /atau kadar pernafasan yang luar biasa.


Dalam kes yang lebih lebih luar biasa, jangkitan GBS juga boleh berlaku apabila bayi berusia tujuh hari atau lebih ("permulaan akhir" GBS), biasanya sebagai meningitis dengan septisemia.

Diagnos dan rawatan awal adalah penting bagi jangkitan permulaan akhir GBS atau meningitis. Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda seperti di atas, hubungilah pakar pediatrik dengan segera. Jika tiada pakar pediatrik, teruslah ke unit kecemasan dan kemalangan yang berdekatan.

Semakin meningkat umur bayi semakin kurang risiko untuk dijangkiti GBS. Jangkitan GBS terhadap bayi jarang berlaku selepas berumur sebulan dan hampir-hampir tidak diketahui selepas tiga bulan.

Kebanyakan bayi dapat terus hidup dengan rawatan, tetapi meningitis boleh menyebabkan masalah yang berpanjangan kepada bayi.

Saya membawa GBS. Apakah yang perlu saya lakukan?

Jika anda dijangkiti GBS dalam kehamilan sebelum ini, atau anda didapati menghidap GBS ketika hamil sekarang ini, berbincanglah dengan pakar obstetrik anda dan bersetujulah dengan pelan kehamilan dan pelan kelahiran yang akan melindungi bayi anda daripada terkena sebarang jangkitan.

Dalam kebanyakan kes sebegini, kehamilan anda boleh diuruskan supaya bayi anda dilindungi dan dilahirkan dengan sihat dan bebas daripada GBS.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEib1MH4yt_zfIl5WqtiIiNf-hSpvFbFKLbxMse3Zn2B8NRW8AWxmCeBlY6BEKMed1kqQNvV4G8SI4i21RRNhcNrOOOD29uznXqsDSVH9auULQ0s4sbvg-LUZO_Gp3QBT4j99yAR68sAFR3W/s1600/Jangkitan-GBS-pada+bayi.jpg

Sumber:

https://www.babycenter.com.my/a25007441/streptokokus-kumpulan-bhttp://obgyndrsuhaimi.blogspot.my/2012/06/infeksi-group-b-streptococcus-semasa.html

POLIKLINIK MAZLINA

TAMAN PULAI UTAMA 

075953175

Wrote by poliklinikmazlina
Scan 2D:

Scan 2D ialah scan yang digunakan sejak tahun 70-han. Lazimnya, pesakit akan mengadu bahawa dia tidak faham apa yang ditunjukkan oleh doktor pada scan 2D. Ini ialah disebabkan scan 2D berupaya untuk menembus ke dalam badan janin dan memperlihatkan organ-organ dalaman. Memang agak sukar untuk orang yang tidak biasa melihat imej 2D untuk memahami scan tersebut.

Scan 2D yang dilakukan oleh doktor klinik biasa (bukan pakar O&G) adalah `growth scan’ dimana doktor hanya akan mengukur saiz kepala janin (BPD & HC), ukurlilit perut janin (AC), ukur panjang tulang peha janin (FL), mengukur air ketuban (AFI) dan melihat posisi uri.

Oleh itu, tidak hairanlah, jika kecacatan pada janin tidak dikesan sewaktu scan itu dilakukan.





Scan 3D dan 4D:

Tidak banyak perbezaan di antara 3D dan 4D, melainkan teknologi yang diguna pakai oleh mesin scan itu. 3D memberi imej yang tidak bergerak (still image) sementara 4D memberi imej yang bergerak (real-time).

Imej 3D dan 4D lazimnya berwarna kekuningan atau kuning-merah jambu. Scan 3D/4D secara umumnya memperlihatkan janin dari segi luaran. Oleh itu nampaklah muka janin, atau kemaluannya. Dan imej 3D/4D mudah difahami oleh pesakit.

Tetapi imej 3D/4D tidak akan memperlihatkan organ dalaman janin. Oleh itu, kecacatan seperti cacat otak, jantung berlubang, usus tersumbat dan buah pinggang bengkak tidak dapat dikesan.

Andaian yang saya sering gunakan ialah membezakan antara scan 2D dan 3D/4D ialah beza antara kamera (DSLR ke, iPhone 7 ke, Oppo ke…) dan Xray. Jika anda mengadu sesak nafas dan sakit dada, dan anda pergi ke hospital, apa perasaan anda jika doktor mengambil gambar dada anda dengan kamera iPhone, dan tidak melakukan xray dada?

Sudah pastinya anda akan mengatakan doktor tersebut tidak betul dan silap-silap gambar doktor itu akan diviralkan di facebook! Kesimpulannya, scan 2D adalah seperti Xray, dan scan 3D/4D adalah seperti kamera iPhone7. Scan 2D jauh lebih berguna daripada scan 3D/4D.






Detailed Scan :

Ramai yang menganggap scan 3D/4D adalah detailed scan. Tanggapan ini adalah salah sama sekali. Detailed scan sebenarnya adalah scan 2D yang dilakukan oleh seorang pakar O&G (yang mempunyai latihan khusus) atau sonographer terlatih.

Sewaktu pemeriksaan detailed scan, doktor akan membuat ukuran-ukuran biasa saiz janin. Kemudiannya dia akan memeriksa organ-organ dalaman janin seperti otak, muka, jantung, paru-paru, buah pinggang, usus, tulang belakang dan sebagainya. Dengan cara ini, kecacatan pada organ dalaman janin dapat dikesan.


Apa gunanya scan 3D/4D/5D?’

Scan 3D/4D/5D adalah lebih untuk kepuasan si ibu dan tidak banyak membantu doktor untuk mengesan kecacatan. Scan ini memberi gambar muka yang comel untuk si ibu simpan di dalam album atau untuk dipaparkan di facebook.

Saya tidak nafikan ada kelebihan scan 3D/4D/5D tetapi tidak ramai doktor (walaupun pakar O&G) yang terlatih untuk menggunakannya. Biasanya hanya doktor pakar fetomaternal (atau maternal fetal medicine) yang terlatih dalam penggunaannya.


‘Kenapa dah buat detailed scan pun doktor masih tidak kesan masalah janin?’

Keberkesanan scan untuk mengesan masalah pada janin bergantung kepada:

    - Kepakaran doktor/sonographer yang melakukan scan
    - Kecanggihan mesin ultrasound scan
    - Saiz badan si ibu mengandung. Kalau si ibu obes, gelombang ultrasound tidak berupaya untuk menembusi lapisan lemak ibu untuk sampai ke janin. Jangan salahkan doktor!
     - Kedudukan/posisi janin. Kadangkala, janin akan menyorokkan mukanya, tangannya dan sebagainya. Dalam kedudukan janin meniarap, mungkin sukar untuk memeriksa jantungnya. Dalam kedudukan janin terlentang pula, mungkin sukar untuk memeriksa tulang belakang dan buah pinggangnya.
     - Usia kandungan yang terlalu lewat. Pada usia kandungan melebihi 34 minggu, janin sudah besar dan akan berada dalam keadaan ‘terhimpit’ di dalam rahim. Tulang-tulang janin juga mula mengeras (mineralized) dan menyebabkan gelombang ultrasound payah untuk tembus. Usia kandungan yang paling sesuai ialah antara 18-24 minggu.


Jika pemandu formula 1 Louis Hamilton diberi kereta viva dan disuruh memandu di tengah-tengah Kuala Lumpur, beliau tidak akan dapat sampai ke destinasi dengan cepat. Sama juga dengan doktor pakar yang diberi mesin ultrasound kurang canggih dan melakukan scan pada ibu yang gemuk. Disebaliknya, jika cik siti yang baru dapat lesen memandu diberi kereta F1 Ferarri untuk dipandu di litar sepang pun, sudah tentu tidak laju panduannya.


Scan untuk mengesan Sindrom Downs:

Walaupun mungkin ada petanda-petanda yang dapat dikesan, detailed scan tidak semestinya dapat mengesan janin yang mengalami sindrom Downs. Disebaliknya, scan yang terbaik untuk mengesan sindrom Downs ialah `nuchal translucency’ iaitu scan 2D yang hanya boleh dilakukan antara usia kandungan 11 minggu hingga 14 minggu.

Kesimpulannya, jika anda hanya mampu melakukan satu scan sewaktu hamil, pilihlah untuk detailed scan. Walaupun mahal sedikit, detailed scan ialah scan yang paling berguna untuk mengetahui tentang kesihatan janin. Tidak salah untuk melakukan scan 3D4D, asalkan faham kekurangan yang ada pada scan tersebut.

Kredit:
Dr Anna Liza Roslani
Pakar O&G
Pakar Maternal Fetal Medicine

#MedicalMythbustersMalaysia


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kami di Poliklinik Mazlina sekarang sedang mengadakan promosi scan 2D & 4D dengan tawaran harga yang berbaloi- baloi. Hubungi kami sekarang untuk tempahan!



POLIKLINIK MAZLINA
TAMAN PULAI UTAMA, SKUDAI
07 5953175

Wrote by poliklinikmazlina
Apakah itu anemia?

Anemia ataupun kurang hemoglobin (Hb) semasa kehamilan adalah perkara biasa dialami. Hemoglobin adalah komponen penting dalam sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen dalam badan. Fisiologi ibu hamil akan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung perkembangan bayi. Jika tubuh mengalami kekurangan zat besi atau nutrien lain, anda akan cenderung untuk mengalami anemia.

Bacaan Hb yang normal untuk wanita mengandung adalah 11 g/dL ke atas. Bacaan yang kurang daripada itu dikira anemia. Adalah lazim untuk seseorang ibu hamil mengalami mild anemia (kurang dari 11 g/dL tapi lebih dari 10 g/dL). Namun bacaan Hb 10 g/dL ke bawah perlu pemerhatian yang lebih rapi. Ini kerana, jika anemia tersebut adalah severe (sangat rendah) dan tidak dirawat dengan sepatutnya boleh menyebabkan komplikasi yang teruk (eg: kelahiran pra matang).


Jenis - jenis anemia semasa mengandung

1. Iron - deficiency anemia (IDA) (kekurangan zat besi)
Ini adalah sebab yang paling biasa dijumpai.
2. Thallasemia
3. Folate deficiency
4. Vitamin B12 deficiency
5. Sickel cell disease
6. Pendarahan kronik (eg: ulser perut/ usus)



Tanda - tanda anemia (simptom)

- Pucat (kulit, bibir, kuku)
- Rasa cepat letih dan tidak bermaya
- Pening
- Kesukaran bernafas
- Berdebar -debar (tanpa sebab)
- Hilang fokus


Risiko/ komplikasi anemia semasa mengandung (severe)

- Kelahiran pra matang/ low birth weight baby
- Posrpartum depression
- Risiko untuk blood transfusion ketika bersalin
- Bayi yang mengalami anemia
- Anak berisiko untuk mengalami developmental delay
- Neural tube defects/ spina bifida (folate/ vitamin B12 deficiency)


Rawatan anemia

Bergantung kepada punca anemia tersebut. Untuk IDA, hanya memerlukan pengambilan iron supplement yang mencukupi. Namun, berhati - hati dengan pengambilan iron bagi pesakit Thallasemia kerana ia boleh menyebabkan iron overload.

Obimin mengandungi Iron (ferrous fumarate) 30mg, folic acid 0.9mg, vitamin B12 20mcg serta minerals yang lain.

Iberet Folic pula mengandungi kandungan iron yang lebih tinggi iaitu 105mg (elemental iron), vitamin B12 25mcg, folic acid 800 mcg dan sebagainya. Sebab itu doktor anda akan nasihati anda untuk mengambil Iberet folic berbanding Obimin jika Hb anda low (<11 g/dL).

Jika Hb anda terlalu rendah (<7.5 g/dL) anda mungkin perlu diberi injection iron (IM Inferon) atau jika perlu perlu menjalani blood transfusion.


Pencegahan anemia

Pastikan anda mengambil diet yang seimbang dan pastikan diet anda tinggi kandungan zat besi. Eg: daging merah, ikan, sayuran hijau (bayam, brokoli, kale), cereals dan bijirin yang tinggi kandungan iron, kekacang, dhal, tofu, telur dan sebagainya.

Juga digalakkan mengambil makanan yang mengandungi vitamin C yang tinggi (untuk mengoptimakan penyerapan zat besi). Eg: Jus/ buah - buahan citrus, strawberri, kiwi, tomato, bell peppers etc.

Anda boleh mengamalkan pengambilan makanan tinggi vitamin C bersama makanan tinggi kandungan zat besi. Eg; makan strawberri bersama cereals.

Pengambilan iron tablet juga perlu pada waktu perut kosong atau diambil bersama jus buah - buahan citrus (oren/ ribena) untuk mengoptimakan penyerapan zat besi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ps: Di Poliklinik Mazlina, kami menyediakan kemudahan mesin darah yang canggih dan terkini untuk mengesan jika anda mempunyai anemia yang mild atau severe. Boleh baca di link INI untuk keterangan lanjut.



Poliklinik Mazlina
Taman Pulai Utama
Hotline 07 595 3175







Wrote by poliklinikmazlina
Kandungan biasanya dapat dikesan setelah period (haid) dirasakan sedikit lewat dari tarikh yang sepatutnya. Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan Urine Pregnancy Test (UPT) yang boleh didapati dari farmasi/ klinik swasta. Ujian ini biasanya positif pada 4-5 minggu kandungan namun sedikit berbeza bergantung pada alat UPT tersebut.

Setelah mendapati ujian UPT anda positif, boleh lah mula mengambil supplemen seperti folic acid/ obimin. Folic acid biasanya dinasihatkan diambil awal sejak anda merancang untuk mengandung lagi, kerana ianya sangat penting untuk pembentukan janin dan mengelakkan perkara serius seperti Spina Bifida.

Langkah seterusnya ialah untuk pengesahan kandungan. Biasanya ultrasound awal akan dilakukan untuk mengesan usia kehamilan serta kedudukan janin di tempat yang sepatutnya (bukannya di luar rahim/ ectopic pregnancy). Anda boleh berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan/ klinik swasta untuk menjalankan ultrasound. Kantung baby (gestational sac) boleh dikesan seawal 5 minggu kandungan. Manakala janin/ degupan jantung lazimnya dapat dikesan seawal 7 - 8 minggu. Saiz kantung/ janin akan diukur untuk dapatkan usia kandungan dan menentukan tarikh bersalin (expected date of delivery/ EDD). Ultrasound yang dilakukan lebih awal (8 - 12 minggu) adalah lebih tepat untuk menentukan EDD berbanding ultrasound yang lebih lewat. Tarikh hari pertama haid kali terakhir juga sangat penting (hanya untuk wanita - wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal) untuk mengira EDD atau usia janin. 

Kemudian, anda dinasihatkan untuk mendaftar pemeriksaan antenatal, seeloknya seawal 12 minggu kandungan. Lagi awal lagi afdhal. Penjagaan yang betul boleh dimulakan lebih awal untuk memastikan perkembangan janin yang optimum. Pemeriksaan antenatal boleh dilakukan di klinik kesihatan/ klinik swasta yang menawarkan perkhidmatan tersebut. 

Ketika lawatan pertama untuk pemeriksaan antenatal, ibu-ibu perlu didaftarkan di dalam sistem dan butiran asas perlu direkod. Selain itu, sangat penting untuk mengetahui tentang sejarah perubatan, sejarah kehamilan sebelum ini (kalau bukan kandungan pertama), sejarah bersalin dan tempat bersalin, keadaan bayi sebelumnya dan sebagainya. Anda akan diberi buku pink (khas untuk rekod ibu mengandung) di mana buku pink tersebut perlu disimpan dan dijaga dengan baik. 

Antenatal screening (ujian darah asas) akan dilakukan untuk pemeriksaan paras Hemoglobin (Hb), kumpulan darah dan Rhesus (blood grouping), infective screening seperti VDRL (syphillis), Hepatitis B dan HIV. Kemudian pemeriksaan fizikal juga perlu dilakukan (ketinggian, berat badan, tekanan darah). Ujian air kencing juga dilakukan pada setiap kali lawatan untuk mengesan kehadiran glukosa (glucose) dan albumin (protein). Gula digunakan untuk mengesan diabetes ketika kehamilan manakala kehadiran protein boleh disebabkan beberapa perkara (tanda masalah buah pinggang ataupun menandakan pre-eklampsia (darah tinggi ketika hamil).

Jika ibu hamil tersebut mempunyai faktor risiko untuk kecing manis, maka ibu tersebut perlu menjalani ujian MGTT (air gula). 

Rutin ultrasound biasanya dilakukan dua kali; sekali pada trimester pertama/ kedua untuk mengesahkan tempoh kehamilan, mengenalpasti sebarang kecacatan dan jumlah fetus. Kali kedua adalah semasa trimester ketiga untuk memastikan perkembangan bayi yang optimum, jumlah air ketuban yang mencukupi, kedudukan uri (placenta) yang betul. Ini juga penting untuk menentukan kaedah bersalin nanti.

Ibu mengandung juga perlu menjalani suntikan anti tetanus (ATT) biasanya pada 18 - 24 minggu (ketika pergerakan awal bayi dapat dikesan). Untuk kehamilan pertama, perlu dapatkan booster (penggalak) selepas 4-6 minggu selepas dos pertama. Untuk kandungan kedua dan seterusnya cuma memerlukan satu kali imunisasi sahaja. Jika kehamilan pertama 5 tahun yang lalu, anda akan menerima 2 kali suntikan.

Selain daripada folic acid, anda juga perlu mengambil supplemen tambahan iaitu ferous fumarate (iron), vitamin c, dan vitamin kompleks. Ini penting untuk perkembangan bayi yang optimum dan memastikan ibu tersebut tidak mengalami anemia (Hb rendah).

Jumlah lawatan (antenatal check up) sepanjang kehamilan adalah sekitar 8 kali. Sebulan sekali dari mula lawatan pertama, sehingga 32 minggu. Apabila memasuki tempoh 32 minggu, anda perlu datang 2 minggu sekali. Selepas 36 minggu, seminggu sekali check up perlu dilakukan sampai la anda bersalin.

Namun begitu, jika sepanjang kehamilan anda menghadapi masalah berkaitan ibu/ bayi, biasanya tempoh check up akan lebih kerap untuk pemantauan optimum. Anda mungkin perlukan rujukan pakar jika mempunyai masalah.

Apabila memasuki usia kandungan 34 minggu, biasanya anda sudah perlu buat keputusan di mana anda mahu melahirkan. Samaada di hospital kerajaan/ swasta. Apa yang penting, buku rekod mengandung anda perlu sentiasa lengkap dan mematuhi setiap tarikh check up.

Kami mendoakan yang terbaik untuk anda dan semoga perjalanan sepanjang kehamilan anda dipermudahkan Allah. Enjoy your pregnancy!! :))
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Jika anda berminat untuk melakukan antenatal check up di Poliklinik Mazlina, kami amat mengalu - alukan kedatangan anda. Boleh baca entri INI untuk keterangan lebih lanjut.  

Rujukan: www.mmgazzete.com (kredit: Dr Ayu Akida)

Poliklinik Mazlina
Taman Pulai Utama
Skudai
07 595 3175






Wrote by poliklinikmazlina
tips anak demam



Apakah itu demam?

Demam merupakan salah satu sebab utama kemasukan kanak-kanak ke wad. Malah, dianggarkan antara 20-40% kanak-kanak mengalami masalah demam setiap tahun.

Biasanya, demam dikaitkan dengan masalah jangkitan kuman yang boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, kebarangkalian demam yang disebabkan oleh jangkitan kuman yang serius adalah kecil dan pada kebanyakan masa, demam seringkali disebabkan oleh jangkitan virus. Sistem pertahanan atau antibodi badan kanak-kanak itu sendiri akan cuba melawan jangkitan virus tersebut dan ia biasanya akan baik dengan sendirinya  (‘self limiting’). Secara amnya, suhu badan yang melebihi  37.5 °C adalah demam.

Walaubagaimanapun, sebagai ibubapa, kita pastinya risau apabila melihat anak demam apatah lagi jika suhu badan yang direkodkan sangat tinggi dan anak yang sebelum ini riang-ria  dan gembira menjadi letih dan kurang bermaya. Lebih merisaukan sekiranya anak tersebut pernah mendapat penyakit yang serius sebelum ini.


Bilakah patut berjumpa doktor dan tanda - tanda amaran yg perlu dikenalpasti?

Tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan anak  menghadapi penyakit yang serius:

1) Kulit yang pucat, berpetak-petak (‘mottled skin’)

2) Anak menjadi kurang aktif serta menunjukkan gerakbalas yang perlahan apabila dipanggil,  menangis dalam keadaan yang lemah ataupun dengan nada tangisan yang tinggi seperti tidak selesa.

3) Kesukaran untuk bernafas, samada nafas yang laju ataupun nafas berbunyi.

4) Tidak makan atau minum seperti biasa.

5) Tanda kekeringan yang serius seperti kurang kencing serta bibir dan lidah yang sangat kering.

6) Demam yang melebihi 5 hari.

7) Suhu badan yang terlalu tinggi ; melebihi 38C untuk bayi kurang dari 3 bulan dan suhu melebihi 39C untuk anak-anak yang berumur antara 3-6 bulan

8) Bengkak sendi dan angggota badan

9) Bengkak ubun-ubun untuk bayi kurang dari umur 1 tahun.

10) Sawan

Jika anak menunjukkan tanda-tanda di atas, segeralah ke hospital yang terdekat untuk pemeriksaan.


 Rawatan untuk demam dan apa yang boleh dilakukan oleh ibubapa atau penjaga

Bagi anak-anak yang demam tetapi masih lagi aktif bermain, makan dan minum seperti biasa dan tiada tanda-tanda seperti di atas, penjaga bolehlah memantau anak-anak ini di rumah dengan mengikuti beberapa nasihat seperti :

a)   memastikan anak-anak mendapat hidrasi yang mencukupi semasa demam kerana semasa demam badan akan kehilangan banyak air dan tenaga. Jadi sila pastikan anak-anak ini diberi minuman yang mencukupi dan digalakkan untuk memberi susu lebih banyak daripada biasa.

b)   penjaga mesti mengetahui tanda-tanda dehidrasi (kekurangan air dalam badan); mata mencengkung, bibir/mulut yang kering, ubun-ubun yang cengkung, menangis tanpa air mata serta anak letih dan kelihatan lembik..

c)    Ibubapa mestilah memeriksa keadaan anak dengan kerap dan mereka tidak digalakkan menghadiri kelas di tadika/sekolah seperti biasa.

d)   sekiranya naik ruam , segeralah berjumpa doktor.

Tidak dinafikan ada beberapa kaedah yang biasa dilakukan oleh ibubapa terdahulu untuk mengurangkan atau meredakan demam. Kajian  menunjukkan kaedah seperti mengelap badan anak-anak yang demam dengan tuala basah, membuka baju dan seluar anak, membungkus anak-anak dan mendedahkan badan anak dengan udara yang sejuk samada dari alat hawa dingin atau kipas adalah tidak berkesan dan mungkin membahayakan lagi anak-anak yang demam itu.

Contohnya, dengan menggunakan alat hawa dingin atau ais untuk menurunkan suhu badan, ini sebenarnya akan menyebabkan anak-anak menggigil dan secara langsung  menaikkan suhu badan (‘core temperature’) dan menyebabkan demamnya  menjadi lebih tinggi dan lebih sukar dirawat.

Penggunaan ubat pelega-demam (‘antipyretic’) adalah dikhususkan untuk anak-anak yang mengalami demam yang tinggi dan dalam keadaan tidak selesa  (‘distressed’). Buat masa sekarang, ubat-ubat yang biasa digunakan sebagai agen untuk mengurangkan ataupun menurunkan suhu badan adalah paracetamol dan ibuprofen. Pengunaan ubat-ubat ini memerlukan nasihat daripada doktor kerana ubat-ubat ini jika digunakan terlalu kerap atau dalam dos yang salah boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak.

Editor’s note: Sekiranya bayi anda masih sangat kecil ( 0 – 6 bulan ) mempunyai demam, harus mendapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor segera.

https://siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/10/petua-anak-demam-panas-di-rumah1.jpg

Kredit: Dr Azhar Mahmud (doktorbudak.com)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Poliklinik Mazlina
Taman Pulai Utama
Skudai
07 5953175

Wrote by poliklinikmazlina
Typhoid Vaccine (untuk apa?)

Demam tifoid/typhoid atau lebih dikenali sebagai demam kepialu di Malaysia merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella Enterica atau secara lebih khusus Salmonella Typhii dan sedemikian demam ini dipanggil sempena nama bakteria tersebut. Penyakit ini boleh didapati di seluruh dunia dan cara penyebarannya adalah melalui makanan dan minuman yang telah tercemar oleh najis. Jangkitan ini boleh menjejaskan seluruh badan dan merosakkan pelbagai organ-organ. Melainkan dirawat, jangkitan ini boleh membawa kesan yang mengancam nyawa. Mengikut kajian, risiko kematian oleh penyakit ini adalah sebanyak 10-30%.

Jenis-jenis vaksin anti-typhoid

Di Malaysia, terdapat 2 jenis vaksin anti-typhoid yang digunapakai iaitu vaksin yang berbentuk pil(untuk dimakan) dan vaksin yang diberikan melalui suntikan. Namun begitu penggunaan vaksin suntikan lebih popular berbanding pil di Malaysia.

1. Vaksin tifoid pil:

    Vaksin diberikan dalam bentuk kapsul. Diberikan 3 kapsul yang dimakan pada hari ke 1, 3, dan 5.

2. Vaksin Tifoid suntikan:
    Vaksin disuntikkan di lengan atau paha.
    vaksin diberikan kepada individu yang berumur lebih dari 2 tahun ke atas.
    Imunisasi diberikan setiap 3 tahun bagi pengendali makanan.



Vaksin yang terdapat di Poliklinik Mazlina adalah berbentuk suntikan. Stok amat terhad. Boleh hubungi klinik untuk pertanyaan dan tempahan.

Harga: RM 60/ person


Poliklinik Mazlina
Taman Pulai Utama
07 5953175
 






Wrote by poliklinikmazlina
Antenatal Check Up

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan beroperasi, Poliklinik Mazlina mengorak selangkah lagi dengan menyediakan perkhidmatan full antenatal check up (pemeriksaan kehamilan daripada mula mengandung hingga waktu bersalin). Buku pink kami sudah siap dicetak dan bersedia untuk menerima tempahan ibu-ibu di awal kehamilan.


Apa istimewanya antenatal check up di Poliklinik Mazlina?:

1. Buku pink kami sama dengan buku pink yang digunakan di klinik-klinik kerajaan. Sedikit editting cuma untuk menjadikan buku kami lebih ekslusif dan padat untuk keperluan check-up ibu-ibu hamil. Kenapa perlu sama? Sebab, amat penting untuk isi kandungan buku pink tersebut diisi selengkap mungkin supaya pemeriksaan adalah bersesuaian dengan piawaian kementerian, lengkap, tidak tertinggal info penting jika dirujuk ke mana-mana hospital (jika perlu), Ia juga sangat lengkap untuk rujukan doktor-doktor lain khususnya doktor kerajaan (sebab kebanyakannya pesakit akan booking di klinik swasta dan akan melahirkan anak di klinik kerajaan).

2. Penting untuk mereka yang kesuntukan masa. Pemeriksaan di klinik kami adalah lengkap dan menyeluruh, tidak mengambil masa yang lama, dan anda tidak perlu lagi mengambil cuti/ cuti separuh hari. Buat masa ini, tak perlu menunggu sampai menguap sebab pesakit kami belum lagi seramai klinik kerajaan. Mungkin anda cuma perlu ambil time off beberapa jam (maksimum 2 jam sahaja), selesai sahaja urusan, boleh masuk kerja macam biasa. Boss pun tak bising, kawan sekerja pun takde gossip belakang. Mudah bukan?

3. Masa untuk pemeriksaan adalah fleksibel. Bermakna, anda boleh datang untuk check up bila-bila masa anda suka (pagi/ tengahari/ petang/ malam). Sudah tentunya berbeza dengan klinik kerajaan kan? Kadang-kadang boleh makan masa separuh hari hanya untuk temujanji. TAPI, tak bermakna anda boleh datang sesuka hati. Adalah sangat penting untuk mematuhi temujanji yang diberikan oleh doktor supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Kalau ada halangan, boleh call klinik untuk maklumkan pertukaran tarikh (atas budi bicara doktor). Ini kerana, setiap appoinment yang diberikan oleh klinik ada kepentingannya.

4. Lengkap!. Dengan kata lain check up kami sangat lengkap. menyeluruh seperti pemeriksaan di klinik kerajaan.
  • kami mempunyai mesin darah (FBC machine) untuk pemeriksaan tahap hemoglobin (Hb) anda.  Tahap Hb sangat penting untuk kita monitor sepanjang kehamilan disebabkan ibu hamil sangat cenderung untuk mengalami low Hb. Kalau perlu, kita akan monitor Hb anda setiap bulan. Kenapa kerap sangat? Tak kerap, sebab kalau low Hb dikesan awal (Hb <11 atau <10) doktor boleh terus buat tindakan yang sepatutnya. Samaada doublekan pengambilan hematinics (iron), atau kalau terlalu rendah (<8 contohnya) doktor tidak akan cuma berdiam tapi akan terus merujuk anda berjumpa pakar untuk tindakan yang sepatutnya. Kenapa terlalu agressif? Tak, itu bukan agressif. Kami bertindak sedemikian kerana kami cakna terhadap kandungan dan nyawa anda sendiri. Kami bukanlah jenis yang cincai dan lepas tangan. Severe anemia (low Hb yang teruk) boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan anda. Mesti anda tak nak kannn.
  • Ultrasound. Ye, kami mempunyai mesin ultrasound yang canggih dan terkini yang mempunyai kebolehan 2D dan juga 4D. Ultrasound scan sangat penting di awal kehamilan untuk mengesahkan kehamilan yang normal, mengikut tarikh yang tetap (EDD), dan bukan berada di luar rahim (ectopic). Scan seterusnya pada trimester kedua (14-28 minggu) untuk monitor perkembangan bayi, details scan (kecacatan, atau sebarang abnormality organ, tak termasuk pengesahan penyakit congenital seperti syndrom down). Juga untuk melihat kedudukan uri (placenta), sebab ianya penting untuk menentukan kaedah bersalin nanti. Scan pada trimester ke 3 untuk melihat kedudukan bayi (cephalic, songsang atau melintang). Pun sama untuk menentukan kaedah bersalin. Jantina bayi seawal 20 minggu dah boleh nampak. Excited bukan??
  • Urine albumin/ glucose. Pemeriksaan asas pada setiap kali appoinment untuk memastikan ibu-ibu sentiasa sihat dan stabil. 
  • Tekanan darah. Sudah semestinya perlu dipantau. Lagi-lagi bagi anda yang mempunyai sejarah keluarga/ sejarah darah tinggi pada kandungan terdahulu.
  • Lain: Berat badan, pemeriksaan fizikal etc
5. Doktor wanita. Doktor yang in charge di Poliklinik Mazlina adalah doktor yang berpengalaman beberapa tahun mengendalikan kes ibu mengandung di klinik kesihatan. Bermakna, sudah pastinya gaya dan cara pemeriksaan adalah sama seperti anda check up di klinik kerajaan. Lengkap dan sempurna insyaAllah. Malah untuk lebih rapport dan menjaga ikhtilat, hanya doktor perempuan yang akan memeriksa anda (kecuali kes-kes yang tak dapat dielakkan, doktor bercuti contohnya).

6. Disebabkan kami cakna dan ambil berat atas kesihatan ibu dan bayi yang dikandung, adalah sangat penting untuk kami maklumkan bahawa kami cuma menerima kes yang tidak ada komplikasi (atau kurang). Bermakna, kes yang bermasalah seperti ibu ada heart problem, asthma yang teruk, darah tinggi/ kecing manis yang tidak terkawal dan segala macam jenis penyakit kronik, klinik terpaksa menolak kes sebegini dan dinasihatkan untuk hanya check up di klinik kerajaan. Ini disebabkan fasiliti kami adalah terhad dan kes sebegini memerlukan rujukan pakar.

7. Reasonable charges. Cuma pada awal pembukaan buku anda perlu buat bayaran yang lebih sedikit. Itupun takdela sampai beratus-ratus. Kemudian, check up seterusnya hanya bermula dari RM25 ke atas. Belum termasuk ubat dan FBC check atau scan. Semua doktor buat atas keperluan.


Jadi, apa lagi. Jomla booking di Poliklinik Mazlina sekarang. Hubungi kami sekarang untuk sebarang pertanyaan.

Poliklinik Mazlina
Taman Pulai Utama
Skudai
Hotline 07 5953175

Wrote by poliklinikmazlina
Alhamdulillah Poliklinik Mazlina sudah pun dilengkapi dengan satu lagi mesin yang tidak kurang pentingnya iaitu FBC Machine (mesin darah untuk Full Blood Count).

Kenapa pentingnya mesin darah ini di Poliklinik Mazlina?

Untuk kami membantu anda mengesan sama ada anda sedang dijangkiti kuman bakteria/virus (cthnya demam denggi) bila mana anda mengalami tanda-tanda demam panas atau sengal-sengal otot, batuk yang berpanjangan dan lain-lain.

Kami boleh dapat info tentang kepekatan darah (hemoglobin), untuk menentukan sama ada anda mengalami anemia (Hb low) atau tidak. sangat penting untuk ibu-ibu mengandung yang datang check-up sebab kita akan monitor tahap Hb anda hampir setiap bulan (jika perlu). 



Memberi anda keputusan kesihatan yang cepat kerana result darah dapat diperolehi sepantas 2 minit saja! Cepat kan? Bermakna anda tak perlu tunggu lama-lama hanya utk tahu Hb level/ parameters yang lain. 

Mesin ini hanya perlukan beberapa titis darah anda kerana ia diproses menggunakan capillary (hanya cucuk sikit di jari untuk dapatkan sample). Keputusannya insha-Allah dijamin tepat dan lebih kurang sahaja keputusannya jika buat  whole blood. Juga dijamin mengikut piawaian kerajaan. Sudah pastinya tak menyakitkan. Budak ambil darah releks saja.

Untuk pertanyaan, hubungi kami  :
Poliklinik Mazlina [Taman Pulai Utama]
Hotline 07 5953175
Wrote by poliklinikmazlina
Alhamdulillah setelah penantian yang agak lama disamping perasaan teruja dan gementar untuk membuka perkhidmatan klinik sendiri. Ditambah dengan debaran pemeriksaan oleh pihak KKM, akhirnya Poliklinik Mazlina beroperasi dengan rasminya.

Sebagai memberi penghargaan (walaupun sebenarnya satu strategi pemasaran) untuk menarik perhatian masyarakat sekeliling untuk datang dan menerima perkhidmatan kami sediakan, kami telah sediakan pakej promosi sempena pembukaan Poliklinik Mazlina ini.

Pakej utama adalah untuk perkhidmatan Ultrasound 2D & 4D. PERCUMA untuk scan ultrasound 2D bagi kehamilan anak pertama dan diskaun sehingga RM15 bagi scan 2D standard (selain daripada kehamilan anak pertama). Manakala dikaun sehingga RM25 diberikan bagi perkhidmatan Scan 4D dengan caj dikenakan hanya RM65sahaja. Tempoh promosi adalah bermula 12 Mac 2017 sehingga 30 April 2017. Lama kan??

Pakej kedua adalah promosi pemeriksaan kesihatan asas secara percuma untuk tekanan darah dan pemeriksaan fizikal (BMI). Pada masa sama, caj konsultansi adalah PERCUMA dalam tempoh promosi ini.

Jangan lepaskan peluang ini!.




Wrote by poliklinikmazlina
Baru-baru ini, Poliklinik Mazlina telah melalui pemeriksaan wajib (inspection) bagi membuka perkhidmatan perubatan swasta. Premis kami ini di Taman Pulai Utama, Skudai adalah klinik pertama yang kami usahakan bagi memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Alhamdulillah, sesi pemeriksaan yang bermula jam 9 pagi berlangsung dengan baik. Para pekerja telah bersedia, semua kelengkapan, peralatan perubatan dan ubatan juga sedia terletak. Hadir semasa pemeriksaan adalah seramai 8 orang. Mereka daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) serta wakil daripada bahagian farmasi. Jurugambar juga hadir merakam bukti.

Syukur tiada major isu daripada segi ukuran, keluasan dan ruang, semua dipatuhi dengan baik Kontraktok yang dilantik oleh kami juga berjaya melaksanakan kerja dengan baik (sebab tiada komen daripada pegawai pemeriksa). Cuma ada 1-2 perkara yang berbeza di atas pelan dengan kedudukan yang sebenar. Tapi tu perkara kecil. dan mereka memberikan kelulusan.

Cuma ada sedikit perkara perlu ditambah baik untuk memberikan kelancaran kepada operasi klinik.

Terima kasih kepada pegawai dan team yang sudi meluangkan masa datang ke Poliklinik Mazlina.

InsyAllah, kami akan menjalankan amanah dengan baik sebagaimana sepatutnya. Serta memberikan perkidmatan yang terbaik kepada semua. 

Doakam kejayaan kami!








Wrote by poliklinikmazlina
Newer Posts Older Posts Home

About Me

poliklinikmazlina
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2017 (22)
    • ▼  November (4)
      • Fakta menarik berkenaan bayi di dalam rahim ibu
      • 10 SOALAN POPULAR MENGENAI SCAN BAYI
      • Nak Cek Jantina Bayi? Bila dan Bagaimana Nak Tahu
      • Tip (ringkas) Naikkan Berat Badan
    • ►  September (1)
      • Anda ada migrain?
    • ►  August (1)
      • Promosi Scan 4D Sempena Kemerdekaan ke-60 & Hari R...
    • ►  July (2)
      • Kayap Ular? Apa tu?
      • GBS ketika hamil
    • ►  May (1)
      • Scan 4D atau 2D, mana lagi penting?
    • ►  April (3)
      • Anemia semasa mengandung
      • Mengandung? Apa langkah seterusnya yang patut saya...
      • Anak saya demam panas, apa perlu saya lakukan?
    • ►  March (7)
      • Suntikan Typhoid, Stok Terhad, Siapa Cepat Dia Dapat
      • Antenatal Check Up - Buka Buku Pink di Poliklinik ...
      • Tambahan Servis - Pemeriksaan Darah
      • Promosi Pembukaan Poliklinik Mazlina
      • Pemeriksaan oleh KKM
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (2)
    • ►  December (2)

Instagram Gallery

Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Cara Betul Kira Usia Kandungan
    Doktor perasan ada yg kurang faham cara betul kira usia kandungan. Sampaikan ada yg pelik, kenapa baru kawin 4 minggu, tapi bila scan usia...
  • Mengandung? Apa langkah seterusnya yang patut saya buat?
    Kandungan biasanya dapat dikesan setelah period (haid) dirasakan sedikit lewat dari tarikh yang sepatutnya. Cara yang paling mudah adalah ...
  • Alaaaa, rendahnya Hb saya :(
    [ALAA, Hb SAYA LOW] Ala, hemoglobin saya rendahh. Selalu sangat kita dengar ibu mengandung ada Hb low. Apa tu? Hemoglobin merupa...
  • Fakta menarik berkenaan bayi di dalam rahim ibu
    Ingat lagi tak kali pertama tau mummy semua hamil, lagi-lagi pulak first baby, mesti seronok dia tak dapat digambarkan. Kan? Hehe. Tapi m...
  • Scan 4D atau 2D, mana lagi penting?
    Scan 2D: Scan 2D ialah scan yang digunakan sejak tahun 70-han. Lazimnya, pesakit akan mengadu bahawa dia tidak faham apa yang ditunjukk...
  • Antenatal Check Up - Buka Buku Pink di Poliklinik Mazlina
    Antenatal Check Up Alhamdulillah, setelah hampir sebulan beroperasi, Poliklinik Mazlina mengorak selangkah lagi dengan menyediakan per...
  • Kes: Tumor dan Fibroid
    Patient ni (lingkungan 40 tahun) datang klinik dgn complain sakit perut, on off. Dah hampir setengah tahun. Period normal katanya, regular...
  • Kayap Ular? Apa tu?
    Apakah penyakit kayap? Dalam istilah perubatan, ia dipanggil Herpes Zoster. Ianya adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang diseba...
  • Molar Pregnancy (kehamilan anggur)
    Klinik kami baru saja dibuka tapi telah pun dikunjungi oleh kes-kes yang dikatakan agak rare atau jarang berlaku. Baru 2 hari lepas ad...
  • Tambahan Servis - Pemeriksaan Darah
    Alhamdulillah Poliklinik Mazlina sudah pun dilengkapi dengan satu lagi mesin yang tidak kurang pentingnya iaitu FBC Machine (mesin darah ...

ABOUT AUTHOR

Advertisement

Categories

  • Anemia
  • Anemia in pregnancy
  • Antenatal check up
  • Baby
  • bayi
  • cervical cancer
  • crystal tomato
  • crystal tomato johor bahru
  • crystal tomato malaysia
  • crystal tomato murah
  • crystal tomato plus
  • Demam Panas
  • detailed scan
  • diphteria
  • ebook
  • fasting
  • fibroid
  • galeri
  • GBS
  • Group B Streptococcus
  • hamil
  • Hb low
  • Herpes Zoster
  • imunisasi
  • Info Korporat
  • Jantina
  • Jenama
  • kanak-kanak
  • Kanser
  • kanser serviks
  • Kayap ular
  • Kehamilan
  • kira usia kandungan
  • klinik panel
  • molar pregnancy (kehamilan anggur)
  • paediatric
  • panel
  • pap smear
  • perkembangan
  • Perkhidmatan
  • pertussis
  • poliklinik mazlina
  • Pregnancy
  • Promosi
  • Promosi 4D
  • puasa
  • Scan 2D/ 3D/ 4D
  • Scan 4D
  • Servis
  • Shingles
  • Tawaran kerja
  • tetanus
  • Tip Kesihatan
  • tips
  • Tumor
  • typhoid vaccine
  • update
  • usia kandungan
  • VAKSIN
  • vaksinasi
  • Varicella Zoster
  • video
  • video korporat
  • video promo

Copyright © 2016 Poliklinik Mazlina. Designed by OddThemes & Blogger Templates